Koop Bank Pertama

Mengenali Kami

Koop bank pertama (bank persatuan)

Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama terkini Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ataupun ringkasnya "Co-opbank Persatuan".

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.

Pertubuhan Koperasi

Sejarah penubuhan Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ataupun ringkasnya ‘Co-opbank Persatuan’ bertitik tolak daripada perjumpaan sekumpulan masyarakat Melayu, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli-ahli syarikat kerjasama kampung, di Sekolah Melayu Sungai Derhaka, Kg. Pertama, Bukit Mertajam pada 1 Januari 1950 apabila 17 buah syarikat kerjasama kampung akhirnya bersatu menubuhkan Co-opbank Persatuan yang pada ketika itu dikenali sebagai “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited” pada 7 Jun 1950 dengan beroperasi di Pejabat Kemajuan Kerjasama Bukit Mertajam.

Kebanyakan syarikat kerjasama kampung yang ada di kawasan Seberang Perai di awal tahun 50-an itu merupakan syarikat kecil dan tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membiayai keperluan ahlinya.

Ini adalah hasil dorongan Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, R.C. Gates, Co-opbank Persatuan diasaskan bagi membolehkan semua modal syarikat kerjasama berkenaan digemblengkan bagi tujuan memberi pinjaman untuk membanteras masalah pinjaman “padi kunca” yang menindas golongan berkenaan ketika itu.

Antara aktiviti utama Co-opbank Persatuan pada masa itu ialah membeli dan menjual baja-baja buatan kepada anggotanya untuk meningkatkan hasil pertanian mereka di samping memberi pinjaman supaya anggota dapat membeli ternakan, menyewa tanah, menebus dan membeli tanah.

Antara mereka yang telah banyak berjasa menjayakan penubuhan bank ini ialah Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama-sama Negeri Pulau Pinang, Allahyarham Haji Abdul Rauf Haji Mohd Suki, Penolong Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama Persekutuan Tanah Melayu, Allahyarham Abdul Majid Haji Muhammad dan Almarhum Tengku Indera Putera Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Selain mereka, beberapa tokoh yang turut membantu menjayakan penubuhan dan pengembangan bank ialah (Dato’) Haji Yusoff Hilmi Haji Shafie atau lebih dikenali sebagai Pak Long (Pengerusi pertama Co-opbank Persatuan), Allahyarham Haji Abdul Hamid Abdul Raof, Allahyarham Haji Abdul Rahman Husain, Allahyarham Haji Ahmad Haji Mohd Amin, Allahyarham Haji Said Wahid, Allahyarham Haji Abdul Kadir Haji Hassan, Allahyarham Encik Harun Abd Rashid, Allahyarham Encik Khalid Said, Allahyarham Haji Abdullah Haji Ali, Allahyarham Encik Harun Mat Wali, Allahyarham Encik Md Isa Yasin dan Allahyarham Encik Nordin Mastan.

Sejarah kegemilangan Co-opbank Persatuan bermula dengan pembelian Estet Bertam seluas 6,780 ekar dengan harga RM2.26 juta daripada Bertam Consolidated Rubber Company di Seberang Perai Utara pada 1959 dan pembelian estet ini telah menyelamatkan kedudukan kira-kira 6,000 penduduk di kawasan estet itu yang kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin dan daif.

Pada mulanya, pihak Bertam Consolidated Rubber Company telah menjualkan estet itu kepada chetiar, N.T.S. Arumugam Pillai tetapi dengan bantuan Menteri Pertanian dan Kemajuan Kerjasama Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Dato’ Abdul Aziz Ishak, bank berjaya mendapatkan estet itu kembali daripada Bertam Consolidated. Rundingan untuk mendapatkan estet itu melibatkan empat pihak antara Dato’ Abdul Aziz, N.T.S. Arumugam, Bertam Consolidated dan Co-opbank Persatuan berlangsung di Rest House Bukit Mertajam.

Menteri berkenaan juga telah membantu pihak Co-opbank Persatuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM1.7 juta daripada Bank Standard Chartered, Kuala Lumpur untuk tempoh tiga tahun dengan jaminan Bank Agong (kini Bank Rakyat) untuk membayar baki harga pembeliannya.

Bagaimanapun, Co-opbank Persatuan berdepan dengan masalah apabila penduduk di estet tersebut tidak dapat melunaskan bayaran pendahuluan 25 peratus sebagai syarat jualan tanah-tanah yang sedang diusahakan ataupun diduduki kepada Co-opbank Persatuan.

Setelah tempoh perjanjian dengan Bank Standard Chartered tamat, Co-opbank Persatuan memohon pinjaman sebanyak RM1.7 juta daripada Koperasi Polis Semenanjung Malaysia untuk tempoh bayaran balik selama tiga. Namun disebabkan tempoh pinjaman tersebut yang singkat, Co-opbank Persatuan seterusnya memohon pinjaman RM1.7 juta daripada kerajaan dan permohonan itu diluluskan dengan tempoh bayaran balik selama 15 tahun.

Produk Co-opbank Pertama

Pembiayaan-i

Pembiayaan Persendirian i-Lestari

 

Jenis

Had Max Tempoh (Tahun)

Int.

Pembiayaan Persendirian i-Lestari

RM 200,000
(10)


4.15 %

Pembiayaan Perumahan Al-Amali

Co-opbank Pertama menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada anggota-anggotanya untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera.

Jenis

Had Max Tempoh (Tahun)

Int.

Pembiayaan Perumahan Al-Amali

RM10 Juta
(35)


Kadar Asas + 1.90%
Kadar Siling : Kadar Asas + 4.00%

Konsep Pembiayaan

Murabahah (Tawarruq)

Kategori Pelanggan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kakitangan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sahaja dengan status jawatan adalah tetap.
  3. Kakitangan KEMAS dan Jabatan Perpaduan yang berstatus 'Kontrak Bersambung'. Tempoh perkhidmatan sediada sekurang-kurangnya 1 tahun.
  4. Pemohon yang bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil.
  5. Kakitangan Panel Majikan Swasta yang telah diluluskan.
  6. Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
  7. Tidak muflis/bankrap.
  8. Tidak mempunyai rekod buruk (CTOS & CCRIS) dengan Bank atau institusi-institusi kewangan lain.
  9. Permohonan secara 'Bersama' adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua (2 orang), Pemohon-pemohon tersebut mestilah mempunyai hubungan kekeluargaaan terdekat.
  10. Terbuka kepada semua samada anggota mahupun bukan anggota. Setiap pemohon digalakkan menjadi anggota Co-opbank Persatuan.

Cara Bayaran Balik

  • Biro Potongan Angkasa (BPA)
  • Potongan Gaji oleh Majikan (PGM)
  • Arahan Tetap.
  • Cek Tertunda/Tertangguh.
  • Tunai.

Jumlah dan Had Pembiayaan

Tertakluk kepada had peratusan Nisbah Keberhutangan (DSR) tidak melebihi 60%.

Tertakluk kepada Had Pendedahan Kerberhutangan Seorang Pelanggan (Single Customer Exposure Limit)

Had pembiayaan sehingga RM 10,000,000.00 (10 juta)

Tempoh Keseluruhan Pembiayaan dan Tempoh Tangguhan

Tempoh Keseluruhan Pembiayaan = Maksimum 35 tahun (420 bulan)

Tertakluk kepada usia pemohon iaitu tidak melebihi 70 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.

Tempoh Tangguhan = 2 tahun (24 Bulan)

Bagi pembiayaan yang syarat pengeluaran adalah secara berperingkat-peringkat, peminjam dikehendaki membayar keuntungan bulanan sebenar sahaja semasa dalam tempoh tangguhan mulai bulan pertama pengeluaran dibuat sehingga ke bulan pengeluaran terakhir atau tamat tempoh tangguhan yang mana terdahulu.

Bagi pembiayan yang membiayai projek pembinaan kondominium, pangsapuri, rumah pangsa, premis perniagaan dan rumah kedai yang mana pegangan hakmiliknya berupa pegangan strata (strata title), tempoh tangguhan boleh dilanjutkan daripada 24 bulan kepada 36 bulan tertakluk kepada tempoh tangguhan yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Jual Beli/Pembinaan yang mana lebih rendah.

Semakan Laporan CCRIS melalui Credit Bureau Malaysia (CBM)

Semakan CCRIS melalui CBM adalah diwajibkan kepada semua permohonan pembiayaan.

Bayaran Balik Bulan Tertunggak Keputusan

Semua cara bayaran balik 2 bulan

Sekiranya pemohon telah membuat penjelasan keseluruhan tunggakan, permohonan boleh disokong oleh pihak Cawangan.

Pemohon yang tidak membuat penjelasan keseluruhan tunggakan, permohonan boleh disokong oleh Cawangan dengan menyatakan justifikasi/asas sokongan dan kelulusan permohonan adalah secara budi bicara oleh pihak ibu pejabat.

Melebihi 2 bulan

Kelulusan permohonan adalah secara budi bicara oleh pihak ibu pejabat dan perlu dinyatakan asas kelulusan.

Hartanah-i

Co-opbank Pertama menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada anggota-anggotanya untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera.

Jenis

Had Max Tempoh (Tahun)

Int.

Pembiayaan Bercagaran Ar-Rahah

RM 10 Juta
(35)


Kadar Minimum : KAPK + 1.2%
Kadar Siling : KAPK + 4%

KAPK - Kadar Asas Pembiayaan Koperasi

Semua skim pembiayaan di atas adalah ditawarkan melalui semua cawangan Co-opbank Persatuan dan tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan

Bercagaran Hartanah Ar-Rahah

Bercagaran Sijil Al-Mudharabah dan Sijil Pelaburan Pembiayaan Co-opbank Pertama

Koperasi/Korporat-i

Pembiayaan Koperasi

Jenis

Tempoh (Bulan)

Int.

Pembiayaan Berjangka

(120)

KAPK + 0.5% (Minimum)

Pembiayaan Hartanah (180) KAPK + 0.5% (Minimum)
Pembiayaan Penyambung (60) KAPK + 0.5% (Minimum)

Deposit

Simpanan Al - Wadi'ah / Al - Wadi'ah Hasanah

Akaun simpanan dewasa.

Terbuka kepada semua samaada anggota ataupun bukan anggota Co-opbank Pertama yang berusia 18 tahun ke atas.

Akaun Simpanan Al-Wadi’ah boleh dibuka secara:

  1. Individu
  2. Individu-individu bersama “Atas Amanah Kepada”
    Persatuan, Kelab dan lain-lain organisasi sukarela
  3. Masjid dan Surau
  4. Koperasi
  5. Syarikat-syarikat Berhad dan Sendirian Berhad.

Simpanan Al - Wadi'ah Hasanah

Akaun simpanan kanak-kanak

Bagi Akaun Simpanan kanak-kanak (berumur 18 tahun dan ke bawah) Akaun Simpanan akan dibuka atas nama ibubapa atau penjaga

Layak menyertai Kelab MyStar

Skim simpanan Al Wadiah Hasanah merupakan Skim Simpanan Pendidikan Istimewa yang disediakan kepada anak-anak anggota Co-opbank Pertama dengan manfaat seperti berikut :-

Jumlah
Simpanan

Belanja Penge
bumian

KEMATIAN
/
KEILATAN
MEN-
YELURUH

RM 500.00 -
RM 999.99

RM 1,000

RM 500.00 -
RM 999.99

RM 1,000.00 -
RM 1,999.99
RM 2,000 RM 1,000.00 -
RM 1,999.99
RM 2,000.00 -
RM 2,999.99
RM 3,000 RM 2,000.00 -
RM 2,999.99
RM 3,000.00 -
RM 3,999.99
RM 4,000 RM 3,000.00 -
RM 3,999.99
RM 4,000
& ke atas
RM 5,000.00 RM 4,000.00 dan lebih

Syarat Penyertaan

Terbuka kepada semua anak pelanggan Co-opbank Pertama yang berusia 1 hari hingga 18 tahun.

Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan purata bulanan bergerak selama enam bulan (Januari – Jun dan Julai – Disember) dan jumlah keuntungan akan dikreditkan ke akaun simpanan pelanggan setiap 6 bulan.

Deposit-i Berjangka

Kelayakan

Akaun Deposit-i Berjangka adalah terbuka kepada:-

  1. Individu (Perseorangan).
  2. Perkongsian/Syarikat.
  3. Koperasi
  4. Pertubuhan/Persatuan/Kelab
  5. Jabatan Kerajaan.
  6. Syarikat Sendirian Berhad/Syarikat Berhad
  7. Syarat Dan Peraturan

Pelaburan minimum adalah sebanyak RM 1,000.00 dengan tempoh pelaburan 1,3,6,9,12,15,18,24,36,48,60 dan 60 bulan ke atas.

Pihak Bank akan menyediakan satu sijil khas kepada setiap pendeposit.

Deposit-i Berjangka yang disimpan oleh pelanggan adalah merupakan sijil yang mengambil kira jumlah pokok pelaburan dan keuntungan.

Pihak Bank menyediakan sijil atas jumlah pelaburan untuk tujuan akad jualbeli.

Nilai pada sijil berdasarkan jumlah pokok pelaburan hendaklah bersandarkan aset yang dimiliki oleh pihak Bank seperti saham dalam anak syarikatnya, saham BSKL yang diluluskan oleh syarikat ataupun lain-lain aset Bank yang dibenarkan oleh syari’ah.

Pelabur-pelabur adalah dibenarkan untuk memiliki lebih dari satu sijil dengan syarat jumlah deposit setiap sijil itu mestilah tidak kurang dari RM 1,000.00.

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Deposit-i Berjangka Co-opbank Pertama kepada pelanggan-pelanggan

Tempoh (Bulan)

Kadar Keuntungan % (Setahun)

1

3.60

3 70
6 3.80
9 3.90
12 4.00
15 4.05
18 4.10
24 4.15
36 4.20
48 4.20
60 4.20

Nota : Sebarang perubahan ataupun pindaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Co-opbank Pertama dari semasa ke semasa

Bayaran Keuntungan

Kadar keuntungan yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kadar semasa simpanan tetap di pasaran dan ‘boleh dirunding’ dengan tertakluk kepada peraturan tertentu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertakluk kepada tempoh ataupun jumlah pelaburan dibuat.

Bayaran keuntungan boleh dibayar pendahuluan secara bulanan berdasarkan ‘purata’ dan bayaran pertama keuntungan hanya boleh dibayar setelah genap sekurang-kurang satu bulan pertama.

Bayaran keuntungan secara berperingkat ‘bulanan’ (1,3,6) hanya dibenarkan bagi jumlah pokok pelaburan pada satu sijil sekurang-kurangnya RM 30,000.00.

Bagi jumlah pelaburan kurang dari RM30,000.00 pelabur-pelabur masih boleh menikmati kadar keuntungan rundingan tetapi tidak layak dibayar pendahuluan keuntungan secara berperingkat di atas.

Bagi pelabur-pelabur yang mengkehendaki bayaran pendahuluan keuntungan secara berperingkat setiap 3 bulan tetapi jumlah pelaburan kurang daripada RM 30,000.00 adalah dibenarkan dangan syarat tempoh sijil pelaburan mestilah sekurang-kurangnya 12 bulan dan ke atas.

Ar-Rahnu

Lembaran Penzahiran Produk (Ar-Rahnu)

Harga emas semasa Ar-Rahnu Co-opbank Pertama bertarikh 24/04/2019

Kandungan Emas (%)

Harga / Gram (RM)

99.9

RM193.20

95.0

RM183.54

91.6

RM177.10
87.5 RM169.05
83.5 RM161.00
75.0 RM144.90

Nota : Sila ambil perhatian bahawa harga emas Ar-Rahnu Co-opbank Pertama di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

* Perkidmatan cuci emas secara percuma juga turut disediakan kepada pelanggan

Apakah konsep Syariah yang digunakan ?

Al Wadiah Yad Dhamanah

Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Al Qardhul Hasan

Pembiayaan tanpa faedah, boleh membayar jumlah tambahan mengikut budi bicara peminjam sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanakah caranya untuk saya menggadai?

  1. Membawa barang kemas sebagai cagaran.
  2. Membawa kad pengenalan.
  3. Mengisi borang permohonan yang disediakan.

Berapakah kadar upah simpan yang dikenakan?

Bagi nilai marhun kurang daripada RM1,000.00 upah yang dikenakan ialah RM0.80 bagi setiap RM100.00 nilai marhun

Bagi nilai RM1,000.01 hingga RM5,000.00 upah yang dikenakan ialah RM0.70 bagi setiap RM100.00 nilai marhun

Bagi nilai marhun RM5,000.01 dan ke atas upah yang dikenakan RM0.60 setiap RM100.00 nilai marhun

Berapakah had pembiayaan bagi seorang pelanggan?

Jumlah maksimum setiap gadaian ialah 75% daripada nilai marhun.

Setiap penggadai boleh menggadai maksimum RM50,000.00 sehari.

Jumlah maksimum gadaian terkumpul ialah RM200,000.00.

Skim Takaful

Takaful Hasanah

Skim Takaful Berkelompok Khas oleh Etiqa Takaful Berhad yang dipanggil BPMB-PSP (Pelan Simpanan Pendidikan).

Pelan Takaful Khairat Berkelompok

Pelan Takaful Khairat Berkelompok di atas adalah terbuka penyertaannya kepada anggota-anggota Co-opbank Persatuan yang berminat melalui semua cawangan Co-opbank Persatuan.

Pelan Takaful Kesihatan

Pelan Takaful Kesihatan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad adalah sebagai satu nilai tambah kepada kemudahan dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada para anggota dan pelanggan Co-opbank Persatuan.

Pelan Ujroh (Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok)

Terbuka kepada anggota-anggota Co-opbank Persatuan yang mempunyai akaun Al Wadiah, Pelaburan Al Mudharabah dan Sijil Pelaburan Pembiayaan Co-opbank Persatuan.

Skim Mutiara Plus

Memberi manfaat perlindungan kepada anggota-anggota individu termasuk pasangan yang berumur 18 hingga 55 tahun

Hubungi Coop Bank Pertama

36, Tingkat 3 dan 7,
Menara RKT, Jalan Raja Abdullah,
Off Jalan Sultan Ismail,
50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26927650
Faks : 03-26947650

Untuk sebarang pertanyaan mengenai :

Bahagian Sumber Manusia
Email : hr@cbp.com.my

Bahagian Pentadbiran & Hartanah
Email : admin@cbp.com.my

Bahagian Kewangan
Email : kewangan@cbp.com.my

Bahagian Operasi
Email : operasi@cbp.com.my

Bahagian Pembiayaan
Email : biaya@cbp.com.my

Bahagian Ar-Rahnu
Email : ar-rahnu@cbp.com.my

Bahagian Saham & Keanggotaan
Email : anggota@cbp.com.my

Bahagian Teknologi Maklumat
Email : it@cbp.com.my

Bahagian Perancangan Strategik & Hal Ehwal Korporat
Email : hal.ehwalkorp@cbp.com.my

Bahagian Audit Dalam
Email : audit@cbp.com.my

Bahagian Pengurusan Risiko
Email : risiko@cbp.com.my

Bahagian Perbendaharaan
Email : treasury@cbp.com.my

Khidmat Pelanggan Co-opbank Pertama

Kepuasan anda sebagai pelanggan Co-opbank Pertama adalah amat penting kepada kami.

Sebarang cadangan, pertanyaan ataupun aduan mengenai produk dan perkhidmatan kami adalah dialu-alukan. Kakitangan kami komited untuk menangani semua maklum balas dengan segera dan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan adil.

Bagaimana kami mengendalikan maklum balas anda:

Cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan melalui talian utama 03-2692 7650 pada setiap Isnin hingga Jumaat dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang kecuali pada hari Sabtu,Ahad dan hari cuti umum.

*sumber https://www.cbp.com.my/
-------------------------------------------------------

Trending Today
1. epenyata gaji
2. Anwar Ibrahim
3. wasaploan
4. Primavalet
5. Malaysiakini
6. Siti Nurhaliza
7. Hari Raya 2019
8. PRU14
9. Bajet 2018
10. Aidilfitri

Selamat Datang ke koperasi.info Portal paling lengkap mengenai koperasi di Malaysia

Jika anda kakitangan kerajaan dan ingin membuat loan koperasi, anda boleh whatsapp/ telegram slipgaji terkini (yang clear) ke 019-2983056.

Ingin overlap? Sila dapatkan baki full settlement dan send ke 0192983056. Kami akan mengira samada layak atau tak

Anda boleh klik iklan Google dalam website ini jika maklumat yang anda cari tidak ada

Jika anda ingin maklumat koperasi anda dalam website ini, sila emel maklumat (write up dan gambar) ke info@koperasi.info . Tiada bayaran dikenakan. Kami hanya berkongsi maklumat untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat