Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (kobanas)
Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (kobanas)
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional atau ringkasnya KOBANAS telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993. Idea penubuhan koperasi ini telah dipelopori oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Dato' Mohd Kassa Abd. Aziz. Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhanya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat.
Sehubungan dengan itu pihak Bank telah membantu KOBANAS dalam bentuk pembiayaan bagi membolehkan KOBANAS menjalankan aktiviti yang meliputi pemberian pinjaman kepada anggota KOBANAS. Jumlah keahlian KOBANAS pada masa penubuhan adalah seramai 2000 orang dan bilangan tersebut terus meningkat sehingga 3580 orang pada masa ini.
Perkhidmatan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (kobanas)- Takaful
Insurans-PELAN TAKAFUL/INSURANS KOPERASI KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD(KOBANAS)
PERNIAGAAN TAKAFUL/INSURANS
Dimaklumakan bahawa KOBANAS ada menyediakan perkhidmatan insurans/takaful terutama untuk kemudahan anggota-anggota KOBANAS.
JENIS-JENIS TAKAFUL/INSURANS
Terdapat dua jenis perniagaan takaful/insurans utama yang dikendalikan oleh pihak KOBANAS:
- Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
- Takaful/Insurans Kenderaan
Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
Takaful ini terbahagi kepada beberapa pelan berkelompok iaitu:
- Pelan Takaful Mutiara Plus
- Pelan Takaful Kredit Berkelompok
Pelan Takaful Mutiara Plus
Tujuan
Diwujudkan bagi membantu anggota koperasi disamping mempunyai insurans perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua.
Syarat-Syarat Penyertaan
Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan.
Had umur dari 18 tahun sehingga 55 tahun pada hari jadi akan datang.
Umur matang peserta tidak akan melebihi 60 tahun.
Jumlah Sumbangan & Perlindungan
Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM17,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM34,000.
Takaful Barakah Plus melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.
Jadual Perlindungan Takrif Keilatan
- Kehilangan kedua-dua belah tangan.
- Kehilangan kedua-dua belah kaki.
- Kehilangan sebelah tangan dan kaki.
- Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya.
- Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan.
- Kehilangan kedua-dua belah mata.
- Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya.
Jumlah Simpanan
Daripada jumlah sumbangan ini 43% akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 57% akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru.
Simpanan 43% ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun.
Pembahagian Keuntungan Pelaburan
Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat insurans.
Pengecualian Pemeriksaan Kesihatan
Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa.
Cara-Cara Penyertaan
Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS.
Pihak KOBANAS akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui.
Pihak KOBANAS akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan.
Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional.
Cara Membuat Tuntutan
Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh atau permohonan manfaat hospital bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan/ketua bahagian (bagi kematian).
- Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
- Salinan resit hospital (bagi tuntutan hospital).
- Kad pengenalan awris/penuntut.
- Surat pengesahan penuntut.
Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diserahkan kepada pihak penuntut.
Pelan Takaful Kredit Berkelompok
Tujuan
Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi KOBANAS sebagai pemberi pembiayaan ke atas baki pembiayaan yang masih tertunggak disebabkan kematian atau keilatan kekal menyeluruh anggota yang membuat pembiayaan di KOBANAS.
Tujuan lain yang penting juga adalah bagi menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan, secara tidak langsung mengurangkan senarai hutang lapuk yang tidak dituntut. Mengurangkan risiko publisiti buruk yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada penjamin.
Ciri-Ciri Am Pelan
Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap anggota yang berjaya mendapatkan kemudahan pembiayaan pembiayaan daripada KOBANAS.
Tarikh penyertaan Pelan ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan dan akan tamat mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir.
Penyertaan Pelan ini dilindungi selama 24 jam sehari seluruh dunia.
Pelan ini hanya akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada KOBANAS.
Syarat-Syarat Kelayakan
Anggota yang telah berjaya mendapatkan kemudahan pembiyaan pinjman daripada KOBANAS.
Jumlah minimum penyertaan adalah sebanyak RM1,000 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM50,000 mengikut kelulusan pihak KOBANAS.
Had umur untuk pelan ini adalah daripada 18 hingga 60 tahun.
Tempoh maksimum pembiyaan adalah selama 10 tahun.Manfaat Takaful
Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai Pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat takaful ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki kemudahan pembiayaan yang masih tertunggak.
Takrif Keilatan Meyeluruh
- Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria penglihatan di kedua-dua belah mata.
- Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan.
- Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
- Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.
Pengiraan Kadar Sumbangan Takaful
Pengiraan sumbangan adalah berdasarkan kepada:
- Umur akan datang.
- Tempoh kemudahan pembiayaan pinjaman.
- Jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Cara-Cara Penyertaan
Penyertaan adalah dikhaskan kepada pembiayaan pembiayaan anggota melebihi RM1,000.
Cara Pembayaran
Bagi pembiayaan tunai pihak KOBANAS akan membuat pemotongan terus daripada pembiayaan yang diluluskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Bagi pembiayaan barangan pembayaran akan dibuat melalui pemotongan gaji anggota mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Cara Membuat Tuntutan
Memandangakan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh peminjam bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan sijil kematian peserta.
- Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
- Jumlah baki pembiayaan yang masih belum berbayar.
Setelah ianya lengkap diterima pihak KOBANAS akan membuat pelarasan baki pembiayaan anggota dengan Tabung Takaful Kredit Berkelompok.
Takaful/Insurans Kenderaan
Tujuan
Takaful/Insurans kenderan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota KOBANAS terutamanya dan kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berenjin. Perkhidmatan ini termasuk pembaharuan cukai jalan.
Wakil Takaful/Insurans
Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan takaful/insurans motor ini. Syarikat takaful/ insurans tersebut adalah seperti berikut:
Allianz Insurans
Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara konvensional.
Etiqa Takaful
Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara Islamik.
Kemudahan Yang Ditawarkan
Terdapat dua cara kemudahan yang disediakan bagi pembelian takaful/insurans motor yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu:
Pembelian melalui tunai
Pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota KOBANAS dan bukan anggota KOBANAS. Pembelian secara tunai akan memperolehi pengurangan harga sebanyak 5% daripada harga premium.
Pembelian melalui Skim Pembiayaan Jangka Pendek. Pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja tertakluk kepada kelayakan semasa.
Cara Permohonan Pembelian Secara Tunai
Perkhidmatan takaful/insuran secara tunai ini terbuka kepada anggota KOBANAS, Kakitangan BSN dan orang luar.
Pengiraan Premium Takaful/Insuran adalah dikira mengikut jadual kuasa padu (CC) kenderaan disertai jadual rate Takaful/Insuran dan harga pasaran semasa.
Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pemohon mestilah mengemukakan dokumen seperti berikut :
- Salinan geran kenderaan.
- Polisi insuran sedia ada untuk tujuan pengesahan Non Claim Bonus (NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak takaful/insuran sebelum pengiraan dibuat.
- Dokumen i,ii hanya diperlukan ketika permohonan pertama kali dan tidak diperlukan pada tahun-tahun berikutnya.
Cara Permohonan Melalui Pembiayaan
Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja.
Mengemukakan dokumen ke pejabat KOBANAS sepertimana senarai berikut:
- Borang pembiayaan yang telah diisi dengan sempurna.
- Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/ cawangan.
- Pengiraan insurans yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insurans.
- Salinan kad pengenalan penjamin.
- Polisi insurans yang lama.
- Salinan geran kenderaan.
- Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima.
Homestay
PERKHIDMATAN HOMESTAY KOBANAS
Dimaklumkan bahawa KOBANAS telahpun mempunyai empat(4) buah Homestay yang sedia untuk diduduki/ditempah oleh anggota-anggota KOBANAS pada kadar sewaan yang amat berpatutan.
Senarai Homestay adalah sepertimana berikut:
Bil | 1 |
---|---|
Lokasi | No. 24, Lorong Batu Hitam 13 Taman Mewah Sri Bayu, Batu Hitam, 26100 Beserah, Pahang |
Jenis Kediaman | Rumah Berkembar 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM50.00 |
Pegawai Bertugas | Noor Aznieta Ibrahim - 019-9801196Nur Syazwini Zakaria - 019-3300585 KOBANAS - 03 -42521293 |
Bil | 2 |
---|---|
Lokasi | Jalan Solehah 3C, PT 28874, Taman Desa Solehah, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu |
Jenis Kediaman | Rumah Berkembar 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM50.00 |
Pegawai Bertugas | Ahmad Fauzi Yusof - 012-9010049 Mohd Hadafi Ali - 012-9567495 KOBANAS - 03 -42521293 |
Bil | 3 |
---|---|
Lokasi | No. 7, Jalan Desa Jaya 1, Taman Desa Jaya, 75150 Bukit Baru Melaka |
Jenis Kediaman | Rumah Teres dua Tingkat 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM50.00 |
Pegawai Bertugas | Al Naim Jenal -017-6798892 Jeffri Kamaruddin - 011-38085830 Jainal Muhidan - 017-6057155 Mohd Faizal Hashim - 012-2792422 Fatimah Salleh - 019-6588069 KOBANAS - 03 -42521293 |
Bil | 4 |
---|---|
Lokasi | Marina Court, D3-08, Blok D, Tingkat 3, Kota Kinabalu, Sabah |
Jenis Kediaman | Apartment 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM120.00 |
Pegawai Bertugas | Mohd Ahyar Ahmad - 019-8015939 Roseni Stephen - 013-8666275 Judy D Satiwang - 013-8808471 Jaounah Ompongoh - 010-2216362 Junaidi Ali - 013-8517176 Asmadi Sidin - 016-8032101 Ali Salleh - 016-8029096 KOBANAS - 03 -42521293 |
Pembiayaan
Pembiayaan Pelancongan
Kelayakan Pembiayaan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd
Had Kelayakan Pembiayaan
- Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).
- Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran Pembiayaan yang dipohon.
Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah Pembiayaan yang dibuat.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
Syarat-syarat Lain
Penjamin
Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.
Takaful
Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
Dokumen sokongan
Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga daripada syarikat pelancongan samada daripada syarikat yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
Pengesahan Perwakilan
Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Pembiayaan Kecemasan. Kelayakan Pembiayaan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd
Had Kelayakan Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.
3. Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 3 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
Syarat-syarat Lain
Penjamin. Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.
Takaful:Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
Sokongan: Setiap pembiayaan kecemasan mestilah mempunyai alasan bagi menyokong pembiayaan tersebut seperti kematian, perubatan, bersalin dan lain-lain alasan yang difikir munasabah.
Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Pembiayaan Insuran/ CUKAI JALAN
Kelayakan Pembiayaan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd
Had Kelayakan Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit). Jumlah pembiayaan diluluskan hanya berdasarkan kepada jumlah premium insurans dan cukai jalan pada tahun terkini. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.
3. Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah diantara sehingga 1 tahun sahaja.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
Syarat-syarat Lain
Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
Takaful: Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
Dokumen sokongan: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Pembiayaan Kebajikan(TUNAI)
Kelayakan Pembiayaan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd
Had Kelayakan Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.
3. Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 10 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
Syarat-syarat Lain
Penjamin. Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.
Potongan Jimat Cermat (CJC)Kadar potongan CJC adalah sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan dan ianya dipotong terus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. CJC boleh dikeluarkan setelah pembiayaan selesai dan CJC akan diselaras dengan pembiayaan sekiranya anggota membuat penjelasan awal.
Takaful:Takaul akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun Pembiayaan.
Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Pembiayaan Konsumer- PEMBIAYAAN JUALAN DENGAN BAYARAN TERTANGGUH (Barangan Pengguna)
Kelayakan Pembiayaan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd.
Had Kelayakan Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM15,000.00 (Lima belas Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.
3. Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
Syarat-syarat Lain
Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah Pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan yang ditandatangani oleh penjamin.
Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah Pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
Dokumen sokongan: Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga barangan yang hendak dibeli samada daripada pembekal yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Pembiayaan Perayaan. Kelayakan Pembiayaan. Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd
Had Kelayakan Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.
3. Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
Syarat-syarat Lain
Penjamin. Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
Pengesahan Perwakilan. Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Pembiayaan Persekolahan
1. Kelayakan Pembiayaan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Bhd
2. Had Kelayakan Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit).
Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.
3. Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.
4. Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem 'Rule 78'.
5. Syarat-syarat Lain
Penjamin
Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
Takaful
Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
Pengesahan Perwakilan
Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini.
Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
Jadual Loan Kobanas
Hubungi Kobanas
Nombor Telefon: (+06) 03 - 4252 1293
E-mel: koperasibsn@gmail.com
kobanaskredit@yahoo.com
Lawat Kami
25, Jalan Jelatek 2, Jelatek Business
Park,
54200 Kuala Lumpur.
*source: kobanas.com.my
Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih
SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan
(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook
E-mel: hashimbank@gmail.com.
Jadual Pembayaran Loan Peribadi
Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami
Rumah Mampu Milik
E-payslip JANM
Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!
Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip