Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (komaju kelantan)

Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (komaju kelantan)

Koperasi Jaya Maju Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7 November 2017 apabila diluluskan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran D-5-0850.

Dengan semangat yang tinggi serta daya juang yang berkobar-kobar daripada puluhan orang yang pernah belajar di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, maka tertubuhlah koperasi ini.

Perjumpaan mesyuarat permulaan untuk penubuhan telah diadakan di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Diharapkan penubuhan ini akan memartabatkan ekonomi anak bangsa dan umat Islam, sekaligus memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Setakat ini, KOMAJU akan memberi fokus kepada perniagaan peruncitan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Matlamat penubuhan utama Komaju ialah untuk menjana ekonomi ahli melalui pengibatan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan. Aktiviti utama komaju ialah perniagaan Tadika, Hartanah, Kedai Runcit dll.

Kelayakan menjadi anggota

Untuk menjadi anggota Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (komaju kelantan) adalah seperti berikut:-

  1. Pelajar atau bekas pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan sekurang-kurangnya memiliki Diploma di UiTM Cawangan Kelantan, pasangannya serta ahli keluarganya
  2. Kakitangan koperasi dan subsidiari-subsidiarinya.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah-

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun
  • Bermastautin atau mempunyai hartanah atau berkerja dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan manamana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan menjadi anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan di alamatkan kepada Ketua Setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Fi masuk

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit : Lima puluh). Fi Masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  2. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM200.00 (Ringgit : dua ratus).
  3. Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika permohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
  4. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akuan untung rugi.

Hubungi Komaju Kelantan

Pusat operasi KOMAJU adalah seperti berikut :

Lot 1416, Kampung Kor
Batu 8 1/4, Jalan Kuala Krai
16010 Kota Bharu, Kelantan

Emel : koperasikomaju@gmail.com

sumber dipetik dari http://komajucoop.blogspot.com/

-------------------------------------------------------

Trending Today
1. epenyata gaji
2. Anwar Ibrahim
3. wasaploan
4. Primavalet
5. Malaysiakini
6. Siti Nurhaliza
7. Hari Raya 2019
8. PRU14
9. Bajet 2018
10. Aidilfitri

Selamat Datang ke koperasi.info Portal paling lengkap mengenai koperasi di Malaysia

Jika anda kakitangan kerajaan dan ingin membuat loan koperasi, anda boleh whatsapp/ telegram slipgaji terkini (yang clear) ke 019-2983056.

Ingin overlap? Sila dapatkan baki full settlement dan send ke 0192983056. Kami akan mengira samada layak atau tak

Anda boleh klik iklan Google dalam website ini jika maklumat yang anda cari tidak ada

Jika anda ingin maklumat koperasi anda dalam website ini, sila emel maklumat (write up dan gambar) ke info@koperasi.info . Tiada bayaran dikenakan. Kami hanya berkongsi maklumat untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat