Koop DBP (Dewan Bahasa Pustaka)

Koop DBP (Dewan Bahasa Pustaka)

Mengenai Koperasi

14 April 1972 - Didaftarkan di bawah Ordinan Sharikat Bekerjasama-sama Tahun 1948 dengan nama Sharikat KerjasamaSerbaguna Dewan Bahasa Dan Pustaka Berhad dengan nombor pendaftaran 4715. Syarikat beroperasi di bangunan kantin DBP & perniagaan berasaskan pinjam-meminjam dan jimat-cermat

15 September 1983 - Menyewa rumah kedai di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebagai pusat operasi

1 Oktober 1983 - Telah dilantik menjadi pengedar buku DBP untuk SPBT dan pasaran terbuka

10 November 1983 - Membeli rumah kedai 3 tingkat di Taman Nirwana, Ampang dengan harga RM232,500.00

11 Julai 1984 - Membeli satu unit kedai di tingkat satu, Safuan Plaza, Kuala Lumpur dengan harga RM400,200.00

31 Julai 1984 - Beroperasi di lobi bangunan lama DBP

1 April 1988 - Pejabat pentadbiran dan kewangan berpindah ke bangunan sendiri di Taman Nirwana manakala kedai buku beroperasi di bahagian hadapan bangunan lama berhampiran Bilik Latihan DBP

27 November 1996 - Menukar nama kepada Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Berhad melalui pindaan Undang-Undang Kecil

1 Mac 2001 - Menerima Anugerah Kualiti Pengguna dari Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia

7 Julai 2004 - Keseluruhan operasi berpindah ke bangunan baharu DBP

24 Jun 2005 - Menerima Anugerah Khas Aktiviti Pengguna dari Ketua Pendaftar Koperasi

Malaysia

15 Ogos 2007 - Membeli rumah kedai 2 tingkat di Taman Tasik Utama, MITC, Melaka

dengan harga RM237,12.36

7 Mac 2010 - Diberikan penarafan 3 bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan

tersenarai di tempat ke-78 dalam senarai 100 Koperasi terbaik Malaysia

28 Jun 2009 - Menukar nama kepada Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia

Berhad selaras dengan pengembangan operasi ke Sabah dan Sarawak

27 November 2008 - Membeli rumah kedai 4 tingkat di Paragon Point, Pusat Bandar Baru

Bangi dengan harga RM1.67 juta

1 Ogos 2011 - Menguruskan pengedaran keseluruhan BTSP terbitan DBP ke pengedar-pengedar

di seluruh negara yang merangkumi urusan penerimaan daripada pencetak, pengeluaran

mengikut keperluan negeri dan pengedaran melalui darat, laut dan udara yang melibatkan 14.8

juta naskhah buku dengan nilai hampir RM98 juta

12 November 2012 - Membeli gudang dengan keluasan keseluruhan 10,990 kaki persegi

dengan harga RM3.3 juta

1 Februari 2013 - Membuka kedai buku mini cawangan Melaka di bangunan Perbadanan

Perpustakaan Awam Melaka

15 April 2013 - Menganjurkan Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja untuk

mendapatkan manuskrip yang sesuai untuk diterbitkan

1 Oktober 2013 - Membuka kedai buku di Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor

30 November 2013 - Telah tersenarai ditempat ke-73 dalam Kumpulan 100 Koperasi Terbaik

Malaysia 2013 & menerima Anugerah Khas Koperator Tahun 2013 daripada JPAN Wilayah

Persekutuan. Selain itu, Koperasi DBP juga telah menerima Anugerah Koperator Terbaik

Peringkat Wilayah Persekutuan daripada JPAN Wilayah Persekutuan

2 September 2014 - Menerbit dan melancarkan 10 judul novel kanak-kanak dan remaja

yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM

31 Disember 2014 - Mempunyai 707 orang anggota yang terdiri daripada staf dan pesaran

DBP. Di peringkat pentadbiran pula, mempunyai 33 orang kakitangan yang terdiri daripada

13 orang eksekutif dan 20 orang bukan eksekutif.

MAKLUMAT KORPORAT AM

Tarikh ditubuhkan 14 April 1972

Bil. Pendaftaran Koperasi 4715

No. Pendaftaran Kementerian Kewangan 327-00014900

JUMLAH MODAL (sehingga 31 Disember 2014)

Modal Saham Anggota RM467,251

Modal Yuran Anggota RM5,119,375

Simpanan Khas Anggota RM815,978

Jumlah Aset RM13,869,870

BANK Bank Islam (M) Berhad

Cawangan Jalan Tun Razak

Menara Lembaga Tabung Haji

50450 KUALA LUMPUR

RHB Bank Berhad

Cawangan Kenanga Wholesale

City Jalan San Peng

50460 KUALA LUMPUR

JURU AUDIT Zhal Ghani & Co (AF 1452)

2766-C, Jalan Changkat Permata

Taman Permata

53300 KUALA LUMPUR

 

PANEL PEGUAM Tetuan Mohamed Noor, Amran & Yoon

No. 20-3B, Jalan Suria Setapak

Batu 4 1/2, Jalan Gombak

53000 KUALA LUMPUR

 

PUSAT OPERASI

Pejabat & Kedai Buku Utama Aras Bawah, Bangunan Lama DBP
Jalan Dewan Bahasa
50460 KUALA LUMPUR
Tel: 03 – 2145 5501
Faks: 03 – 2145 5505
Emel: kedaibuku@koopdbp.com.my

Kedai Buku Cawangan Melaka
No. 86. Jalan TU 42, Taman Tasik Utama
75950 MELAKA
Tel./Faks: 06 – 232 5655

Kedai Buku Cawangan Bangi
B-G-08, Jalan Medan PB5
Seksyen 9, Paragon Point
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR
Tel./Faks: 03 – 8920 9555

Kedai Buku Cawangan Teluk Intan
No. 30, Aras Bawah
Pusat Komersial Sentral Intan
Jalan Sekolah
33000 Teluk Intan
PERAK
Tel./Faks: 05 – 620 3996

Stor & Pengedaran
No. 11, Jalan Besi 1/1
Kawasan Perindustrian Sungai Purun
43500 Semenyih
SELANGOR
Tel./Faks.:

*sumber http://koopdbp.com.my/store/
-------------------------------------------------------

Trending Today
1. epenyata gaji
2. Anwar Ibrahim
3. wasaploan
4. Primavalet
5. Malaysiakini
6. Siti Nurhaliza
7. Hari Raya 2019
8. PRU14
9. Bajet 2018
10. Aidilfitri

Selamat Datang ke koperasi.info Portal paling lengkap mengenai koperasi di Malaysia

Jika anda kakitangan kerajaan dan ingin membuat loan koperasi, anda boleh whatsapp/ telegram slipgaji terkini (yang clear) ke 019-2983056.

Ingin overlap? Sila dapatkan baki full settlement dan send ke 0192983056. Kami akan mengira samada layak atau tak

Anda boleh klik iklan Google dalam website ini jika maklumat yang anda cari tidak ada

Jika anda ingin maklumat koperasi anda dalam website ini, sila emel maklumat (write up dan gambar) ke info@koperasi.info . Tiada bayaran dikenakan. Kami hanya berkongsi maklumat untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat