Koperasi Universiti Utara Malaysia (koperasi UUM)

koperasi universiti utara malaysia (uum) berhad

Mengenai Koperasi UUM

Menjual Buku & Alat Tulis di UUM Sintok

Koperasi UUM kian berkembang

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 26 Okt. - Koperasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Berhad merancang projek termasuk usaha sama dengan syarikat-syarikat terkemuka untuk mengembangkan sayapnya bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah di peringkat antarabangsa.

Sejak ditubuhkan pada 30 Julai 1985, koperasi berkenaan terus melangkah ke hadapan selaras dengan visi dan misi yang cukup besar dalam merealisasikan impian untuk menjadi antara koperasi terbaik dan termaju di negara ini.

Daripada kampus sementara di Tanah Merah, Jitra yang kemudiannya berpindah ke kampus lebih besar di Sintok, di sini sehingga ke hari ini, koperasi berkenaan kini mempunyai 1,800 ahli dengan jumlah pelaburan daripada mereka berjumlah RM4.5 juta.

Ini berbanding tidak sampai RM100,000 menerusi keahlian yang hanya 200 orang pada awal penubuhannya (1985).

Ranking Koperasi

Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi UUM, Prof. Dr. Abdul Razak Chik berkata, koperasi yang mencapai ranking ke-32 daripada 100 koperasi terbaik di negara ini berupaya untuk mencapai kedudukan lebih baik pada masa akan datang.

"Kami (Koperasi UUM) yakin boleh mencapai sekurang-kurangnya ranking ke-10 terbaik dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang," katanya ketika kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, daripada peningkatan jumlah keahlian dan pelaburan ahli, Koperasi UUM berkembang lebih pesat apabila mencatat perolehan sebanyak RM12 juta pada tahun lalu (2009).

Daripada aktiviti secara kecil-kecilan seperti perniagaan kedai buku, kedai alat tulis dan pasar raya yang masih beroperasi sehingga kini, tumpuan diberikan terhadap bidang perniagaan lain sama ada di kampus atau di luar.

Varsity Mall UUM

Di Sintok, Koperasi UUM beroperasi di Varsity Mall selain beberapa rangkaian kedai di dewan-dewan penginapan pelajar universiti berkenaan manakala pejabat urusannya pula bertempat di sebuah bangunan di pekan Changlun yang berhampiran.

Operasi perniagaan di kampus berkenaan dijalankan menerusi jenama Uni Shoppe, Uni Bookstore, Pasaraya Uni Mart, Kafe Botani, Uni Café, Uni Saji, Rangkaian Kedai Uni Mart dan Uni Technology.

Selain berteraskan perkhidmatan kepada pelanggan, Koperasi UUM menyediakan kemudahan pinjaman kepada ahli-ahlinya termasuk menjadi wakil kepada institusi kewangan yang menyediakan pinjaman termasuk Bank Rakyat.

Perniagaan Luar Koperasi

Terbaru, Koperasi UUM melangkah setapak lagi apabila menerokai perniagaan lain di luar kampus secara usaha sama dengan orang perseorangan bagi menjalankan kerja-kerja pengendalian kuari pasir di Bukit Selambau, Kedah menerusi syarikat Uni Kuari.

Projek tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM600,000 di atas tapak seluas 1.881 hektar di kawasan tersebut.

Daripada jumlah itu, RM300,000 diperuntukkan untuk pembelian tanah dan selebihnya bagi tujuan perbelanjaan operasi projek kuari.

Ia dijangkakan memberi pulangan cukup menarik kepada Koperasi UUM dengan anggaran RM30,000 sebulan menerusi hasil penjualan pasir berdasarkan permintaan tinggi terhadap bahan tersebut khususnya bagi tujuan pembinaan pelbagai projek di Kedah.

Pihak koperasi berkenaan kini giat mencari pasaran yang strategik seperti menjadi pembekal pasir bagi projek landasan kereta api berkembar dan syarikat pembinaan serta perumahan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai peranan Koperasi UUM pada masa depan, Prof. Dr. Abdul Razak berkata, koperasi berkenaan juga sedang menjalin kerjasama dengan sebuah koperasi lain di Kuala Lumpur untuk menceburi bidang perniagaan mencuci bangunan.

"Jika tidak ada halangan, kami jangkakan perniagaan baru ini dapat berjalan dengan lancar pada hujung tahun ini," kata beliau.

Koperasi tersebut kini diperkuatkan dengan 80 kakitangan pelbagai jawatan termasuk mengendalikan kesemua premis perniagaannya.

"Selepas kejayaan, daripada sebuah koperasi kecil sehingga pencapaian sekarang ini, kami percaya Koperasi UUM mampu untuk dipacu ke arah lebih gemilang lagi berdasarkan kemajuan semasanya yang cukup memberangsangkan.

"Kejayaan yang mampu dikecapi oleh seluruh warga kerja Koperasi UUM bakal mencetus semangat lebih gigih di samping komitmen tinggi untuk memastikan ia terus kekal sebagai sebuah koperasi yang terbaik selain maju dalam beberapa lagi aktiviti perniagaan," tambah beliau.

Sehubungan itu, disiplin yang tinggi diterapkan oleh Koperasi UUM melibatkan kesemua warga kerjanya bagi memastikan impian tersebut tercapai.

 

*Utusan.com.my

 

Contact Us

Koperasi Universiti Utara Malaysia (koperasi UUM)

Kedai Buku Universiti

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Telephone: 04-928 5507

 

*source https: FB Koperasi-UUM

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip