Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
Sejarah Penubuhan
Koperasi Muslimin Malaysia Berhad adalah merupakan salah satu organisasi kewangan yang mengajak umat Islam bermu'amalah berlandaskan syari'ah.
Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.
Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), maka tertubuhlah
Koperasi Muslimin Malaysia Berhad atau nama ringkasnya, Koperasi Muslimin (KMMB). Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi Muslimin akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.
Produk/Perkhidmatan Koperasi Muslimin
Terdapat tiga (3) produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi Muslimin kepada anggota koperasi meliputi:-
- Bai Bithaman Aajil
- Al Abrar
- Skim Al-Qardhul Hasan
Bai Bithaman Aajil
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin meliputi pinjaman Rumah/Tanah iaitu pembiayaan, membeli tanah, membeli rumah dan membina rumah atau mengubahsuai rumah. Nilai pembiayaan sehingga RM300,000 (kaveat / PA).
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin yang kedua meliputi pembiayaan kenderaan iaitu pembiayaan, membeli kenderaan baru, membeli kenderaan terpakai dan amaun pinjaman yang dibenarkan adalah Pembiayaan sehingga RM100,000.
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin yang ketiga meliputi pembiayaan Peralatan. Pinjaman peralatan yang dibenarkan adalah pembiayaan, membeli perabot, membeli barangan elektrik / komputer, membaiki / alat ganti kenderaan dan membaiki / alat ganti rumah.
Selain itu pembiayaan peralatan yang disediakan adalah seperti membeli peralatan persekolahan, membeli peralatan perniagaan, membeli barangan perniagaan dan amaun Pembiayaan sehingga RM25,000.
Pembiayaan Perkahwinan
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin bagi tujuan pembiayaan Pakej Perkahwinan adalah seperti perunding perkahwinan, tempahan kad jemputan, katering, khemah / Kanopi, Dewan / Hotel, jurugambar profesional dan sewaan P.A sistem. Perkara lain yang dibolehkan adalah mestilah perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan syara'.
Pembiayaan sehingga RM30,000
Pembiayaan Umrah Ziarah
Pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi adalah pakej Umrah, pakej Pelancongan, pakej Seminar / Mesyuarat dan pakej Hotel
Al Abrar
Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang
Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang Koperasi Muslimin pula meliputi kategori seperti Hafiz Al-Quran - 30 Juzu' RM2,000, PhD - Anggota sahaja RM2000, Ijazah Sarjana - Anggota sahaja RM1,500, Ijazah Kepujian Kelas Pertama RM1000 dan Diploma / Matrikulasi RM300
Untuk kecemerlangan di peringat sekolah adalah STPM (4A) / STAM (Mumtaz) RM300, SPM (9A+ / A) / SMU (Mumtaz) RM200, PMR (8A / 9A) & PMRU RM100 dan UPSR (5A)) RM50.
Pemohon mesti menyertakan lampiran seperti Sijil / Ijazah & Transkrip yang berkaitan (Salinan disahkan), salinan kad pengenalan pemohon & anak dan salinan sijil nikah (Suami / Isteri)
Skim Bantuan Khairat Kematian
Kategori
Skim bantuan Khairat Kemation terdiri dari3 kategori. Bagi anggota koperasi, anggota akan mendapat sumbangan sehingga RM5,000. Bagi suami / isteri akan mendapat sumbangan RM500 dan anak (Lelaki <= 18 / Perempuan belum berkahwin (RM300).
Bagi ibu / bapa anggota akan mendapat RM200.
Anggota atau pemohon perlu menyediakan lampiran bersama-sama ketika membuat permohonan iaitu sijil kematian / permit perkuburan, salinan sijil kelahiran pemohon (jika ibu yang meninggal) dan salinan sijil nikah (suami / isteri). Selain itu, anggota perlu menyertakan salinan kad pengenalan penerima sumbangan
Skim Bantuan Musibah
Kategori
- Kemalangan yang kritikal
- Bencana Alam
- Kebakaran
- Penyakit Kronik
Kelulusan & Kadar:
Berdasarkan tahap kerugian yang ditanggung
Skim Al-Qardhul Hasan
Pinjaman
- Pinjaman sehingga RM5000 dengan tujuan pendidikan & perubatan tanpa caj keuntungan.
- Kelayakan bergantung kepada gaji & tempoh persaraan
Hubungi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
Alamat: 17-3-1, Tingkat 3
Blok A, Jalan Semarak Api 1
Pusat Perniagaan Diamond Square
Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
Telefon:03-4021 0033
Faks: 03-4021 4099 / 5227
Emel: muslimin@koperasimuslimin.com.my
Web: koperasimuslimin.com.my
*sumber: koperasimuslimin.com.my
Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih
SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan
(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook
E-mel: hashimbank@gmail.com.
Jadual Pembayaran Loan Peribadi
Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami
Rumah Mampu Milik
E-payslip JANM
Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!
Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip