Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (kopsya)

Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (kopsya)

Untuk memahami penubuhan KOPSYA ANGKASA, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum tahun 2009, ANGKASA telah terlebih dahulu terlibat dalam menawarkan kemahiran pendidikan dan pembelajaran melalui penyediaan kursus-kursus pendek, seminar, konvensyen dan penyiaran, khas untuk ahli-ahli dan kakitangan koperasi serta Lembaga Pengarah mereka.

Selepas tahun 2009, satu konvensyen mengenai hala tuju strategik ANGKASA telah diadakan rentetan daripada Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA pada 26 Disember 2009, di mana Pengerusi ANGKASA, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum membentangkan hala tuju strategik bagi ANGKASA, dan mengumumkan hasrat untuk mewujudkan sebuah bank koperasi untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, atau Bank Koperasi Islam -‘Islamic Cooperative Bank’ (ISCOBA/ICB).

Walaubagaimanapun, sebagai momentum dalam usaha untuk menubuhkan Bank Koperasi Islam, terdapat isu-isu, sekatan dan perjanjian-perjanjian yang ditetapkan oleh sekuriti, kewangan dan pihak berkuasa dalam pembentukan ICB ini di samping isu “boundary management” dan beberapa perkara dalam rangka kerja kawal selia koperasi yang tidak menyokong pembentukan Bank Koperasi Islam ini.

Oleh itu ianya memberikan cabaran besar kepada Jawatankuasa Pengemudi ANGKASA. Bagi mengatasi kebuntuan ini, KOPSYA ANGKASA telah ditubuhkan dengan menggunakan platfom koperasi yang diberi mandat untuk menyediakan perniagaan perbankan Islam seperti tujuan asalnya.

Walaupun pelan induk ICB yang asal telah dipertikaikan, nilai dan hasratnya masih kekal relevan. Oleh yang demikian, KOPSYA ANGKASA disokong dan disahkan secara rasmi oleh Menteri Koperasi, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2011, dan pembentukan KOPSYA ANGKASA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Produk dan Perkhidmatan Kopsya

Produk Deposit Pelaburan

Pelaburan Al-Jadwa

Pelaburan Khas Al-Jadwa adalah istimewa untuk Koperasi Sekolah

Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar

  1. Pelaburan minima RM1,000.00
Tempoh Kadar Keuntungan
1 Tahun 4%
2 Tahun & ke atas 4.25%

Borang boleh dimuat turun pada pautan di bawah:

Borang Pelaburan Al-Jadwa.pdf

Bagi pengguna Internet Explorer: Sila "Right-click" pautan dan tekan "Save target as" untuk memuat turun.

Pelaburan Al-Muin

  1. Produk pelaburan jangka panjang
  2. Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
  3. Istimewa untuk Koperasi Anggota Kopsya
  4. Pelaburan KHAS* dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi
  5. Tempoh pelaburan 3 tahun
  6. Pelaburan minima RM10,000.00 * Kadar ditentukan dari masa ke semasa

Borang boleh dimuat turun pada pautan di bawah:

Borang Al-Muin.pdf

Pelaburan Al-Tathmir

  1. Produk pelaburan jangka pendek
  2. Berasaskan kontrak Mudharabah (Perkongsian Keuntungan)
  3. Pelaburan minima RM1,000.00
  4. Kadar jangkaan keuntungan 3.45%

Pelaburan Al-Wafi II

  1. Produk pelaburan jangka panjang
  2. Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
  3. Istimewa untuk Koperasi Anggota Kopsya
  4. Diurus bersama dengan Institusi Kewangan Islam
  5. Kadar jangkaan keuntungan 4%
  6. Tempoh minima 2 tahun
  7. Pelaburan minima RM1,000.00

Produk Pembiayaan

Pembiayaan Al-Aqari

Skim pembiayaan Al-Aqari dengan konsep Musyarakah Mutanaqisah yang menawarkan pembiayaan kepada Koperasi yang ingin memiliki hartanah seperti unit perumahan, blok kedai, premis perniagaan dan sebagainya.

Koperasi dan KOPSYA berkongsi modal untuk membeli hartanah secara musyarakah dan koperasi akan membeli bahagian perkongsian KOPSYA dalam hartanah secara ansuran sehingga koperasi memiliki sepenuhnya hartanah tersebut.

Pembiayaan Al-Intaj

Memberi keperluan modal kerja kepada Koperasi Sekolah dalam bentuk pembiayaan bagi menyediakan keperluan perniagaan dan pembangunan prasarana di samping memperkasa ekonomi Koperasi.

Aktiviti perniagaan:

  • kantin
  • bas sekolah
  • kedai Koperasi

Prasarana:

  • makmal komputer
  • makmal sains
  • gimnasium
  • parkir berbumbung

Pembiayaan sehingga RM50,000.00 dalam tempoh 10 tahun.

Pembiayaan Al-Mumtaz

Memberi keperluan modal kerja kepada koperasi dalam penyediaan keperluan perniagaan.

Mengembangkan perniagaan koperasi dan anggotanya.

Memperkasakan ekonomi koperasi dan anggotanya.

Contoh perusahaan kecil-kecilan:

  • perusahaan kerepek
  • kuih tradisional
  • roti, kek dan biskut
  • pengusaha makanan sejuk beku
  • jahitan

Pembiayaan sehingga RM50,000.00 dalam tempoh 5 - 10 tahun.

Pembiayaan Al-Tijari

Produk ini adalah pilihan kepada Koperasi selain pembiayaan Al-Mumtaz dan Al-Aqari. Menawarkan pembiayaan kepada Koperasi yang ingin menceburi perniagaan dan projek dan berdaya maju

Sebagai modal kerja kepada Koperasi

Produk Kopsya Gold

Produk Kopsya God ini adalah produk berasaskan emas dan dikeluarkan dalam bentuk kepingan atau wafer.

Berat wafer adalah 1gram dan 2gram dan mudah dibawa dan disimpan

KELEBIHAN PELABURAN EMAS

  • Emas adalah aset bernilai walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu
  • Kalis inflasi
  • Peluang membuat keuntungan
  • Kualiti tinggi
  • Harta mudah cair
  • Nilai dalaman hakiki (Instrinsic value)

KEISTIMEWAAN KOPSYA GOLD

  • Ketulenan KOPSYA GOLD 999
  • Mudah dan mampu untuk dimiliki
  • Pelaburan yang selamat
  • Jaminan belian semula
  • Disertakan sijil ketulenan

WAKIL JUALAN KOPSYA GOLD

Ejen yang dilantik oleh KOPSYA untuk menjual dan mengedarkan KOPSYA GOLD kepada pembeli akhir

Semua Koperasi Anggota adalah layak untuk menjadi Wakil Jualan KOPSYA GOLD

Minima Pembelian:

  1. 1gram - 20 keping
  2. 2gram - 10 keping

Harga Jualan – mengikut harga yang telah ditetapkan oleh KOPSYA

Pembayaran – Tunai / Cek / Kredit ke Akaun KOPSYA

Penyerahan – apabila pembayaran telah dibuat

Komisyen – 5 % dari harga KOPSYA GOLD

Penghantaran - Wakil Jualan perlu mengambil sendiri KOPSYA GOLD di pejabat KOPSYA

Jualan Balik - KOPSYA akan membeli dengan harga diskaun 6%

Borang – Wakil Jualan perlu mengisi borang

Hubungi Kami

Pejabat Rasmi

+ Nombor Tel: 03.78031214

+ Fax: 03.78031204

Alamat

Ground & First Floor, Unit 111 & 211

Block C, Glomac Business Centre

No. 10, Jalan SS 6/1

Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya

Selangor

Lain-lain Maklumat

Pembiayaan

Pengurus Besar: Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta

Tel: 03-78031214 ext 120

Mail: fatimahnurhaliza@kopsya.coop

Pentadbiran

Penolong Pengurus Akaun & Pentadbiran: Zainariah Abdullah.

Tel: 03-78031214 ext 119

Mail: zainariah@kopsya.coop

 

*sumber: kopsya.coop

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

 

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

 

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

 

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

 

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip