KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD KOPTNB

koptnb-koperasi-tenaga-nasional-berhad

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD

Mesyuarat pertama yang diadakan pada awal tahun 1951, dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan. Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951. Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara. Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

koptnb-koperasi-tenaga-nasional-berhad

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

PERKHIDMATAN KAMI

PEMBIAYAAN

Pembiayaan Bai' Al -'Inah

Pembiayaan Bai' Al-'Inah adalah bertujuan untuk mengadakan kontrak perniagaan melalui skim jualan dan bayaran tertangguh berdasarkan konsep syariah. Syarat-syarat utama permohonan ini adalah seperti berikut:-

Bai Al-Inah Berjamin
  • Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM35,000
  • Menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang penjamin
  • Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata
  • Tempoh bayaran ansuran selama 84 bulan
  • Levi pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi tiap-tiap RM1000 pembiayaan
Bai Al-Inah Yuran
  • Jumlah maksimum pembiayaan 90% dari jumlah yuran
  • Tempoh bayaran ansuran selama 84 bulan
  • Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata
Bai Al-Inah Tanpa Penjamin
  • Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM15,000
  • Kadar perkhidmatan 5.9% setahun sama rata
  • Anggota wajib mencarum
  • Takaful/Insurans berkelompok bulanan minima RM20.00
  • Tempoh bayaran ansuran selama 48 bulan

Pembiayaan Qard

Pembiayaan Qard adalah untuk membantu anggota-anggota untuk tujuan perbelanjaan seperti perayaan, perubatan, kemalangan, persekolahan anak dan pengebumian.

Syarat-syarat utama permohonan ini adalah seperti jumlah yuran hendaklah melebihi ikatan dengan mana-mana pinjaman atau pembiayaan dan anggota mempunyai jumlah yuran melebihi jumlah pembiayaan yang dipohon. Selain itu, anggota mestilah mengemukakan permohonan kepada Lembaga menggunakan borang rasmi dengan melampirkan dokumen yang berkaitan untuk tujuan pertimbangan.

Jumlah pembiayaan minimum ialah RM1000 sehingga maksimum RM3000 dalam gandaan RM100. Bayaran proses adalah RM50 untuk pembiayaan RM1000 - RM1500 dan bayaran proses adalah RM75 untuk pembiayaan RM1600 - RM2000. Bayaran proses adalah RM125 untuk pembiayaan RM2100 - RM3000.

Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin dan tempoh bayaran ansuran selama 12 bulan untuk pembiayaan RM1000 - RM2000. Tempoh bayaran ansuran selama 18 bulan untuk pembiayaan RM2001 - RM3000

KTNB TRAVEL & TOURS SDN BHD

KTNB Travel & Tours Sdn Bhd berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan merupakan ahli Malaysia Association of Tours & Travel Agents (MATTA) dan International Air Transport Association (IATA). KTNB Travel & Tours juga merupakan agen yang dilantik oleh beberapa syarikat penerbangan utama di Malaysia.

Perniagaan KTNB Travel & Tours Sdn Bhd

  • Kedai Koperasi TNB
  • KTNB Travel & Tours
  • KopTown Cafe
  • KopTown Hotel
  • KopTown ILSAS
  • Bazaria Online Shopping

Koptown Hotel

koptown-hotel-koptnb

ADDRESS

KopTown Hotel

Kuala Lumpur

NO 68, Wisma Pantai

Jalan Pantai

59200, Bangsar

Kuala Lumpur

Malaysia

CONTACT

Tel. No: +603 2202 2722

Fax No: +603 2201 2251

E-mail: kualalumpur@koptown.com.my

GPS Coordinates: 3.116521, 101.669256

koptown.com.my

TAKAFUL/INSURANS

A) Takaful / Insurans Berkelompok

1. Skim Pilihan

1.1 Takaful Etiqa

Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota koperasi yang mana pelan Takaful Mutiara Plus 1 ini Julung Kali di perkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

Faedah

  • Perlindungan 36 jenis penyakit kritikal TANPA sambungan tambahan.
  • Elaun harian kemasukan ke wad / hospital bagi tempoh minima 6 jam.
  • Sumbangan ehsan (perbelanjaan pengebumian) RM 1,000 untuk pasangan dan RM 500 (anak-anak - maksimum 4 orang).
  • Perlindungan merangkumi kematian dan keilatan kekal menyeluruh berpunca daripada penyakit dan kemalangan.
  • Perlindungan keilatan separa kekal mengikut skala yang ditetapkan.
  • Pasangan dan anak-anak boleh menyertainya

Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.

Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota selaras dengan Perlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi.

Ciri Ciri Utama dan Premium Bulanan Etiqa Takaful Mutiara Plus 1

1.2 Insurans Berkelompok

Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

Premium yang rendah dari RM10 sebulan ke RM100 sebulan untuk perlindungan RM15,000 ke RM100,000.

Faedah

  • Simpanan dikembalikan beserta keuntungan.
  • Isteri / suami yang bukan anggota boleh menyertainya.
  • Pampasan kehilangan keupayaan.
  • Pampasan berganda atau
  • Perbelanjaaan pengebumian.

Keistimewaan

Anggota yang menyertai skim ini boleh membuat pembiayaan tanpa perlu menyediakan penjamin.

Perlindungan Penyakit Kritikal

Perlindungan dan pampasan bagi 36 penyakit kritikal dengan premium yang rendah.

Perlindungan

24 jam yang merangkumi seluruh dunia

B) Takaful / Insurans Motor Kenderaan & Cukai Jalan\ Kerjasama dengan Takaful Etiqa / Takaful Ikhlas / Kurnia Insurans (M) Berhad / Multipurpose Insurans

  • Tempoh maksimum bayaran balik selama sepuluh (10) bulan.
  • 5 (lima) kenderaan dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM5,000.
  • Pembiayaan termasuk Takaful / Insurans kenderaan dan cukai jalan.
  • Nota perlindungan dikeluarkan dengan serta merta.
  • Penghantaran cukai jalan kenderaan (road tax) terus ke rumah anda.

KEBAJIKAN

Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal

Bantuan percuma dari Dana Raja Tan Sri Zainal. Dibahagikan kepada 3 bahagian

  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Universiti / Profesional

Pembiayaan Pelajaran Jubli Perak

  • Pembiayaan maksimum RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dibayar RM2,000 setahun.
  • Bayaran balik RM150 sebulan selepas tamat tempoh pengajian.
  • Anak anggota layak memohonnya.
  • Dua orang penjamin.

Smbangan untuk Anggota Setia

  • Membiayai Anggota Setia sebahagian dari kos lawatan melancong ke dalam / luar negara.
  • Pencarum terbaik.
  • Keanggotaan terbaik.

Pendidikan

  • Seminar Keanggotaan

Anugerah

  • Anugerah anak cemerlang
  • Anugerah anggota cemerlang (Pendidikan)

Khairat Kematian

  • Membayar sejumlah wang sebagai khairat kematian.

WASIA

Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad

Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Amanah Raya Berhad, syarikat amanah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk memberi perkhidmatan penulisan Wasiat atau ‘Will’ kepada semua anggota Koperasi TNB dengan kos yang berpatutan. Faedah Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad

  • Pelantikan Wasi (pemegang amanah) untuk mentadbirkan harta pusaka selepas kematian
  • Memudahkan proses pentadbiran harta pusaka
  • Memudahkan pengagihan harta pusaka kepada waris yang tinggal
  • Mengelakkan harta pusaka dibekukan dan mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
  • Mengelakkan perbalahan di kalangan ahli keluarga

Penulisan Wasiat atau ‘Will’ ini boleh dibuat dengan mudah, cepat dan ringkas dengan kos
sebanyak RM210.00 seorang sahaja.

Kemudahan pembayaran

Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji untuk anggota Koperasi TNB. Ciri-ciri utama Wasiat atau ‘Will’

  • Dokumen yang sah di sisi perundangan
  • Sekurang-kurangnya dua orang saksi yang adil dan waras
  • Pewasiat menandatangani Wasiat atau ‘Will’ dalam keadaan waras
  • Pelantikan Amanah Raya Berhad sebagai Wasi (pemegang amanah)

Hubungi pegawai kami En. Zulfaqhar 03-22823670 atau 019-3558119 untuk penerangan
lanjut. Boleh juga merujuk laman web www.moreclass.com.my untuk maklumat lanjut.

HUBUNGI KOPTNB

koptnb-koperasi-tenaga-nasional-berhad-contact-us

Koperasi Tenaga Nasional Berhad

96, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur.

Emel: membersmail@ktnb.com.my

Tel : 03–22824660

Fax: 03–22827680

*source: koptnb.com

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip