koperasi putri terbilang malaysia berhad (koputri)

KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (KOPUTRI)

koperasi putri terbilang malaysia berhad (koputri)

Koperasi KOPUTRI yang diterajui oleh YB Dato’ Noraini Ahmad merupakan sebuah koperasi berdaftar yang terletak di No. 22 – 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Koperasi ini mula beroperasi pada Mac 2006 dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan.

Kini, pencapaian koperasi KOPUTRI semakin maju baik dalam bidang perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, KOPUTRI juga kini mampu memiliki hartanah sendiri yang terletak di kawasan-kawasan elit seperti di Kuala Lumpur.

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 0993 sebagai suatu koperasi asa dengan liability terhad.

koperasi putri terbilang malaysia berhad (koputri)

Pada awalnya koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan berkembang sehingga Disember 2012 seramai 22118 anggota berdaftar.

Kekuatan utama kewangan koperasi KOPUTRI ini adalah dengan jumlah keanggotaan yang besar yang dimiliki oleh koperasi. Koperasi menerima pendapatan bulanan tetap yang besar dari kutipan yuran simpanan dan yuran kebajikan daripada anggota-anggota yang mencarum setiap bulan secara tetap.

Pada tahun 2008, koperasi KOPUTRI telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh CIMB bank untuk memasarkan produk kewangan Islam Sektor Awam – I kepada rakyat Malaysia. Dengan itu koperasi KOPUTRI sudah mula memperolehi peningkatan pendapatan yang lebih memuaskan selain daripada pendapatan caruman anggota.

Koperasi KOPUTRI juga akan melancarkan kelab kebajikan dalam masa terdekat ini, dengan tujuan sebagai ‘added value’ kepada ahli yang terlibat dengan gerakan koperasi.

Antara yang masih dalam perbincangan ialah ingin memberi biasiswa dan dermasiswa kepada anak-anak anggota yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, penyediaan taska dan pakej melancong kepada anggota yang terpilih. Faedah ini disediakan bagi menarik kesetiaan atau ‘loyalty’ anggota-anggota koperasi.

Kemudahan Koputri

Salah satu dari kelebihan menjadi anggota KOPUTRI adalah dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Kemudahan ini disediakan adalah sebagai tanda penghargaan KOPUTRI terhadap kesetiaan anggota terhadap koperasi ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, dapat memberikan keselesaan kepada anggota. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:

PERUBATAN

COOP Medical Centre (CMC)

koperasi putri terbilang malaysia berhad (koputri) coop medical

COOP Medical Centre telah dibuka untuk membolehkan anggota KOPUTRI mendapatkan servis perubatan pada harga minimum. Tiada yang lebih baik kerana KOPUTRI akan menganggung sehingga 50% kos perubatan anggotanya. Pusat perubatan ini juga terkenal kerana memiliki kemudahan wad bersalin, teater pembedahan dan lain- lain.

Sejajar dengan matlamat koperasi, KOPUTRI akan melancarkan skim perubatan yang banyak kelebihannya kepada anggota. Antaranya ialah KOPUTRI telah memperkenalkan Skim Khairat Kesihatan yang berfungsi sebagai perlindungan perubatan. Selain itu KOPUTRI juga telah melancarkan COOP Medical Card bagi memudahkan anggotanya membuat pendaftaran di kaunter apabila mendapatkan perkhidmatan COOP Medical Centre.

PENGINAPAN

Untuk memberikan anda pengalaman yang cukup selesa dalam penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, KOPUTRI telah menyediakan tempat- tempat penginapan seperti banglo- banglo dan hotel- hotel kepada anggota. Tempat penginapan ini boleh dinikmati dilokasi- lokasi strategik seperti berikut:

  • Taman Tasik Titiwangsa
  • Penginapan @ Bandar Sunway
  • Seven Residence @ Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Semua kemudahan ini disediakan kepada anggota dengan harga yang murah dan berpatutan. Kemudahan penginapan ini disediakan kepada anggota-anggota yang datang melawat bandaraya Kula Lumpur terutamanya anggota dari luar Kuala Lumpur yang datang ke sini untuk bercuti bersama-sama keluarga masing-masing.

PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan suatu keperluan yang penting dalam menjana minda yang cerdas dan efektif. Di zaman ini, pendidikan memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan. Di sebalik kecemerlangan yang dikecapi, pendidikan juga turut memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri dan membentuk disiplin yang mantap.

Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil di Negara ini, kos pendidikan yang di tanggung oleh rakyat Malaysia semakin meningkat terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

KOPUTRI amat perihatin terhadap masalah yang sedang dialami oleh semua rakyat di Negara ini. Oleh itu KOPUTRI telah memperkenalkan skim pendidikan bagi menghargai kesetiaan semua anggotanya.

Skim ini diperkenalkan adalah untuk membantu dan meringankan beban anggota yang kurang mampu untuk menampung kos pendidikan anak- anak mereka terutamanya untuk ke institusi pengajian tinggi. Dengan skim ini, anak- anak anggota yang kurang berkemampuan dapat meneruskan pembelajaran mereka. Skim ini hanya diberikan kepada anggota yang layak sahaja.

Rasulullah s.a.w bersabda yang Maksudnya:

"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

Riwayat al- Bazzar

PERKHIDMATAN COOP ASSIST

INSURAN PERJALANAN DAN BANTUAN KECEMASAN

Koperasi Putri (KOPUTRI) telah menyediakan kemudahan Insuran Perjalanan dan bantuan Kecemasan atau dikenali sebagai "COOPAssist" bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika di dalam perjalanan. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli koperasi untuk mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya kenderaan bermasalah. Antara

Perkhidmatan yang disediakan adalah:

PERKHIDMATAN PUSAT PANGGILAN

Tele-perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma untuk ahli-ahli. Bantuan tele-marketing adalah dengan syarat.

YURAN HOSPITAL

Bayaran RM100 setiap hari maksimum 2 hari. Diberi sekiranya anda mengalami kemalangan semasa memandu kenderaan dan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.

PERKHIDMATAN MENUNDA

Perkhidmatan menunda adalah percuma sehingga RM300 per kes dan kenderaan berikut boleh dihantar ke bengkel terdekat yang disahkan atau bengkel pilihan anggota. Perkhidmatan menunda kenderaan yang mengalami kemalangan adalah percuma (tidak terhad).

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BATERI

Penghantaran percuma dan perkhidmatan pemasangan disediakan untuk mengganti bateri di rumah pemilik atau pejabat. Kos bateri di caj mengikut harga pasaran bergantung kepada jenama dan jenis.

PERKHIDMATAN ALTERNATIF KE RUMAH SELEPAS KEMALANGAN

Pengangkutan percuma ke rumah jika pemandu kenderaan penunda menggunakan laluan yang sama ketika pergi atau selepas pulang dari tempat kemalangan.

PERKHIDMATAN SEMASA KECEMASAN

Perkhidmatan pengangkutan ke pusat kesihatan, ambulan ataupun lain-lain kenderaan boleh dirunding kepada kemampuan pemilikm kenderaan.

PERPINDAHAN MAKLUMAT SEMASA KECEMASAN

Percuma perpindahan maklumat kepada pemilik kenderaan serta merta ketika berlaku kecemasan di seluruh Negara.

PERKHIDMATAN PERUNDANGAN

Nasihat perundangan untuk kemalangan dan penggunaan jalanraya adalah percuma tetapi kos mengupah peguam bagi kes-kes mahkamah adalah tidak termasuk dalam pakej.

PERKHIDMATAN SEWA KERETA

Bantuan percuma untuk menyewa kereta daripada firma menyewa kereta terbesar pada kadar harga diskaun.

INSURAN PERJALANAN

Diwujudkan khas untuk menyediakn kemudahan dan bantuan kecemasan yang melibatkan kecederaan tubuh badan. Polisi perlindungan kemalangan diri daripada CoopAssist membolehkan permohonan dalam masa 24 jam keatas kemalangan nyawa walau di serata dunia, kecacatan seluruh tubuh badan kekal / kurang upaya, kecacatan seluruh tubuh badan separa / kecacatan fizikal / kurang upaya, dan juga kos perubatan / surgeri.

** Mengikut Terma & Syarat

KEBAJIKAN

Sebahagian kelebihan menjadi anggota KOPUTRI adalah dengan kebajikan yang telah disediakan kepada ahlinya. KOPUTRI amat menitik beratkan setiap kebajikan anggotanya kerana ianya merupakan penghargaan KOPUTRI terhadap kesetiaan anggotanya kepada koperasi.

Antara kebajikan yang disediakan adalah:

KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian telah diperkenalkan bagi mmberi bantuan kepada ahli yang kehilangan anggota keluarganya. Sumbangan akan dihulurkan kepada anggota yang telah meninggal dunia.

PERKAHWINAN

Bagi setiap anggota yang akan melangsungkan perkahwinan, KOPUTRI akan memberi ganjaran bagi menghargai kesetiaan mereka kepada KOPUTRI.

KELAHIRAN ANAK

KOPUTRI amat prihatin terhadap perkembangan semasa anggotanya. Sekiranya ada di kalangan anggota yang mendapat kelahiran baru, mereka akan mendapat sumbangan dari KOPUTRI sebagai tanda penghargaan.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

Riwayat Muslim

** Mengikut Terma & Syarat

AGENSI PELANCONGAN

UKHWAH TRAVEL & TOURISM

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) telah maju setapak lagi ke hadapan dengan penubuhan agensi perlancongan iaitu UQ Holidays Sdn Bhd. Penubuhan agensi perlancongan ini adalah untuk mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan sama ada percutian secara peribadi atau berkumpulan kepada anggota koperasi dan orang awam. UQ Holidays juga bersedia untuk menguruskan perkhidmatan penempahan tiket, penginapan, seminar, konvokesyen dan ibadah (haji dan umrah) untuk para pelanggan.

Kami juga telah menyediakan berbagai pakej percutian yang menarik dengan kadar harga yang amat berpatutan untuk anda. Pakej yang kami sediakan ini merupakan pakej yang lengkap termasuk penginapan dan kemudahan perjalanan.

Dengan pakej percutian serta kemudahan yang disediakan, kami berharap percutian yang bakal anda nikmati menjadikannya satu pengalaman yang istimewa di dalam hidup anda.

** Mengikut Terma & Syarat

Pembiayaan

Skim Pembiayaan Peribadi KOPUTRI 'TAWARRUQ'

koperasi putri terbilang malaysia berhad (koputri) pinjaman peribadi

Koperasi PUTRI Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) menyediakan kemudahan pinjaman iaitu Skim Pembiayaan Peribadi CIMB berkonsepkan 'Tawarruq'. Kemudahan pinjaman ini memberi keistimewaan kepada peminjam iaitu kemudahan pinjaman tanpa penjamin dan rebet keatas pembayaran awal.

Kemudahan pembiayaan peribadi CIMB Koputri menawarkan jumplah pembiayaan maksima sehingga RM100,000 pada kadar keuntungan serendah 6.90% (flat rate) sehingga 10 tahun (maksimum).

Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 sehingga 54 tahun
  2. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan Polis Diraja Malaysia
  3. Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 8 bulan
  4. Potongan gaji tidak melebihi 50% / 60% daripada jumlah pendapatan
  5. Pendapatan pokok minimum RM1,800.00 dan ke atas
  6. Tempoh bayaran balik dari 12 bulan hingga 120 bulan
  7. Jumlah pembiayaan RM1000.00 sehingga RM100,000.00
  8. Mematuhi peratusan keberhutangan (DSR)

** Mengikut Terma & Syarat

Dokumen

  • Salinan kad pengenalan / kad anggota polis (3 salinan)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini termasuk 1 yang asal
  • Satu salinan pengesahan majikan yang asal.
  • Satu salinan mana-mana bil telefon/elektrik/air yang terkini
  • Surat penyelesaian awal luar *jika perlu
  • Satu salinan muka hadapan akaun bank CIMB / penyata bank
  • Sekiranya akaun selain CIMB caj tambahan bank akan dikenakan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami :

Tel: 03 - 2694 1511 - Ida

Faks: 03 - 2693 1511

Hubungi Koputri

LOKASI KAMI

Kuala Lumpur

Ibu pejabat KOPUTRI No. 22 – 24, Wisma KOPUTRI,

Lorong Medan Tuanku 1,

50300 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2694 1511

Fax: 03 - 2693 1511

Google Map: maps.google.com.my

Sabah

KOPUTRI SABAH

No. 27, Blok D, Tingkat 2,

Lorong Plaza Permai 2,

Alam Mesra Sulaman Costel,

Highway Kota Kinabalu,

88400 Sabah

Tel : 088 - 447 236

Fax : 088 - 447 236

Sarawak

Grand Floor lot 3654,

Seksyen 10, Kuching townland District 14/1,

Lorong 2 Jalan Nenas,

93400 Kuching Sarawak

Tel : 082 - 418 672

Fax: 082 - 418 672

*sumber: koputri.com.my

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip