KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD

Koperasi Koswip Malaysia Berhad (Koswip)

Pengenalan Koswip

KOSWIP MERUPAKAN SEBUAH KOPERASI KREDIT YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN, GLC SERTA BADAN BERKANUN.

KOSWIP MENAWARKAN PEMBIAYAAN SECARA ISLAMIK BESERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KEPADA ANGGOTANYA

Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.

Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.

Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 .

Nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited” dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu.

Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad” dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.

Pertukaran Nama

Pada 19 April 1996 nama koperasi ditukar lagi kepada “Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad” atau dengan nama lain ialah Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dan ini kekal sehingga kini.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan salah sebuah koperasi tertua yang ditubuhkan di Negeri Selangor di bawah Undang-undang Negeri Melayu Bersekutu bagi syarikat kerjasama tahun 1922.

Usia KOSWIP setahun lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan gerakan koperasi. Dahulunya koperasi KOSWIP Malaysia Berhad beroperasi untuk kakitangan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Wilayah Putrajaya dan kini ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Negeri.

Segala aktiviti dan fungsi perjalanan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peratura Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi Koswip Malaysia Berhad serta aturan-aturan yang dibuat oleh anggota Lembaga dari semasa ke semasa.

Keanggotaan Koperasi Koswip

Dahulunya di awal penubuhan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad pada tahun 1923, anggotanya berjumlah 138 orang terdiri dari kalangan kaum India kebanyakannya diikuti oleh kaum Melayu dan Cina serta lain-lain bangsa. Kini statistik daftar maklumat anggota Koperasi KOSWIP pada 31 Disember 2013 menunjukkan jumlah anggota seramai 18,741 orang.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berpegang teguh kepada Prinsip-prinsip sebagaimana terkandung dalam Undang-undang Kecil termasuklah:-

  • Keanggotaan sukarela dan terbuka
  • Kawalan demokratik oleh anggota
  • Penglibatan ekonomi oleh anggota
  • Autonomi dan kebebasan
  • Pendidikan, latihan dan maklumat
  • Kerjasama antara koperasi dan
  • Mengambil berat terhadap masyarakat

Perkhidmatan Koswip

Pembiayaan

PEMBIAYAAN Al-Murabahah

Tujuan Pembiayaan

Pelancongan dengan jumlah pembiayaan berkumpulan yang diluluskan mengikut kelayakan. Membuat pelaburan di dalam mana-mana Koperasi dengan kebenaran Lembaga.

Skim pembekalan barang-barang pengguna yang dijalankan atau dianjurkan oleh Koperasi.

Pembiayaan untuk membeli motosikal

Bayaran insuran kereta /motor dan cukai jalan

Mengecat, mengetuk dan servis kereta.

Lain-lain tujuan yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.

Tempoh Bayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

  • Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
  • Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM 7,000.00 – 72 bulan.

Kadar Pengambilan Keuntungan

Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

Tempoh Pembiayaan dan Kadar Pengambilan Untung

  • 12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
  • 37 bulan – 72 bulan 4.99% setahun

AL Qardul Hasan

Tujuan Pembiayaan

Skim ini bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota-anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal seperti berikut :-

  1. Kematian – ibu, bapa, isteri/suami, mertua, anak dan adik beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.
  2. Sakit – anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.
  3. Bersalin – anggota atau isterinya.
  4. Bencana alam – kebakaran, banjir, ribut taufan atau sebab-sebab lain yang dianggap kecemasan oleh Lembaga.
  5. Persediaan Persekolahan anak – Persediaan pendidikan anggota, anak dan anak angkat anggota yang mempunyai surat akuan yang sah.
  6. Perayaan – Hari Raya Puasa atau Haji, Deepavali, Tahun Baru China dan Krismas.
  7. Dan keperluan-keperluan lain yang syar’i sifatnya.

Had Pemberian Pembiayaan

Jumlah pinjaman yang boleh diluluskan pada satu-satu masa ialah tidak melebihi RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja).

Anggota layak membuat pinjaman dua kali atau lebih dari tarikh kelulusan pinjaman selama tiga puloh enam (36) bulan, selagi ianya belum mencapai tahap maksima RM 3,000.00. Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pinjaman ini tidak melebihi tiga puloh enam bulan dan ansuran mestilah bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan/cek dikeluarkan.

Semua jenis pinjaman dikenakan tiga (3) bulan bayaran ansuran pokok terdahulu dan akan ditolak daripada pinjaman yang telah diluluskan sebelum potongan BPA.

Bai Al Inah

Tujuan Pembiayaan :-

Menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.

Antara keperluan tunai anggota adalah adalah seperti :

  1. Perjalanan keluar negeri.
  2. Pelajaran di peringkat tinggi anggota dan tanggungan.
  3. Membina, membeli atau memperbaiki rumah.
  4. Membeli tanah.
  5. Perbelanjaan untuk maksud agama /perayaan Hari Kebesaran.
  6. Perbelanjaan perubatan anggota dan tanggungan.
  7. Perbelanjaan perkahwinan anggota dan tanggungan.
  8. Pembelian perabut dan kelengkapan rumah.
  9. Maksud-maksud lain yang dipertimbangkan oleh Lembaga.

Had Pembiayaan

Jumlah maksima pembiayaan ini ialah sejumlah RM 150,000.00.

Pembiayaan ini dihadkan kepada dua puluh lima (25) bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.

Tempoh Bayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

  • Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
  • Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.
  • Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.
  • Pembiayaan Bertindih (overlap): Kecuali dengan kebenaran Lembaga pembiayaan bertindih dibenarkan selepas bayaran ansuran pembiayaan telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran. Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Kadar Pengambilan Keuntungan

Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

Tempoh Pembiayaan Kadar Pengambilan Keuntungan

  • 12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
  • 37 bulan – 96 bulan 4.99% setahun
  • 97 bulan – 120 bulan5.35% setahun

Sewaan

RUANG NIAGA

Koperasi Koswip Malaysia Berhad (Koswip) ruang niaga

Ruang niaga untuk disewa di Semenyih Sentral, Semenyih
UNIT 5-1, 7-1 , 7-2 , 9-1 & 9-2

Semenyih Sentral merupakan pusat komersial yang terletak di Semenyih dan berhampiran dengan taman-taman perumahan seperti Taman Gembira, Taman Seri Mawar and Kampung Sentosa. Disini terdapat pelbagai kemudahan berhampirannya seperti ATM, Stesen Bas dan Klinik Swasta.

Keluasan kedai adalah sekitar 4500-9960 s/f. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pentadbiran di talian 03-22735422 (En. Syukor)https://maps.google.com/maps?ll=2.944262,101.843884&z=16&t=m&hl=en-MY&gl=US&mapclient=embed

RUANG PEJABAT

Ruang pejabat komersial di Plaza Sentral Unit 2B-07-02 & 2B-08-02 untuk disewakan. Plaza Sentral yang terletak di tengah nadi Kuala Lumpur berhampiran dengan Stesen KL Sentral dan kemudahan lain merupakan dianggap sebagai hub niaga tanpa sempadan dan berstatus MSC Malaysia Cybercentre

RUMAH REHAT

Bagi yang ingin bercuti dan bermalam bersama keluarga di Port Dickson, kami juga ada menawarkan sebuah rumah tumpangan yang terletak di alamat berikut :

No 33, Taman Eastern

Jalan Pantai, Bt 4

Port Dickson

Negeri Sembilan

Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM200(semalaman) bagi anggota Koswip dan RM500(semalaman) pula bagi bukan ahli Koswip

INSURAN

CUKAI JALAN DAN INSURAN KENDERAAN

Jimat Masa, Jimat Tenaga insuran kenderaan anda sudah tamat tempoh??

Dapatkan perkhidmatan profesional dan menguntungkan dari kami.

Kemudahan pembiayaan dengan bayaran balik selama 10 bulan bagi yang layak.

NCD (diskaun) boleh dipindah terus dari insurans terdahulu

Sumbangan (premium) berpatutan mengikut kehendak pelanggan atau harga pasaran kereta

Perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dari pintu ke pintu turut disediakan

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pn. Afiza bt. Ibrahim

Pn. Norliza bt. Busu

Pn. Suhana bt. Ismail

Bahagian Pentadbiran di talian tetap 03-22747009

PELAN TAKAFUL MUTIARA PLUS 1

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad telah menerima tawaran dari ETIQA TAKAFUL BERHAD bagi membolehkan semua anggota menyertai Pelan Takaful Mutiara Plus 1.

Manfaat Yang Ditawarkan

  1. Kematian akibat biasa (penyakit) atau kemalangan
  2. Keilatan kekal menyeluruh akibat biasa (penyakit) atau kemalangan
  3. Belanja pengkebumian (ahli / pasangan/ )
  4. Keilatan separa kekal semua sebab (mengikut nisbah peratusan manfaat)
  5. Elaun harian wad hospital (diwadkan melebihi 6 jam)

Ciri-Ciri

  • Sumbangan dari RM 10.00 hingga RM 100.00 sebulan.
  • Perlindungan kepada peserta dan terbuka kepada pasangan (suami / isteri) serta anak yang ingin turut serta.
  • Sebanyak 44% daripada sumbangan bulanan disimpan bagi tujuan pelaburan tabungan peserta.
  • Sebanyak 56% daripada sumbangan bulanan digunakan untuk manfaat perlindungan takaful.
  • Elaun harian hospital hingga tidak melebihi 26 minggu kemasukan wad.
  • Al-Mudrabahah dimasukkan ke dalam Akaun Peserta setiap tahun berdasarkan pembahagian :80% kepada peserta- 20% kepada Etiqa Takaful Berhad

Tempoh Sijil Mahal

Apabila peserta mencapai umur 55 tahun

Sijil tamat jika berlaku perkara berikut:

  1. Manfaat dibayar 100%
  2. Mencapai tempoh matang
  3. Menarik diri
  4. Had umur penyertaan
  5. Had umur dibenarkan ialahdaripada 18 tahun sehingga 55 tahun pada harijadi akan datang.

Sila hubungi 03-22735422 Pn. Aisyah untuk pertanyaan

Koswip Trading Sdn Bhd

LEMBAGA PENGARAH

Hj. Abd. Rahim b. Azizi

Shaari bin Zakaria

ALAMAT UTAMA PERNIAGAAN

No. 60 Jalan Padang Belia

Off Jalan Tun Sambanthan

50706 Kuala Lumpur

SETIAUSAHA

Nor Azila Binti Abdul Wahab (L.S.082240)

ALAMAT BERDAFTAR

KNS Associates Sdn Bhd. [292081-v]

No. 2F-1, Jalan Raya 2

Kawasan Perusahaan Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan

Selangor D.E

JURUAUDIT

Azman Ahmad & Co.

Akauntan Bertauliah (Malaysia)

BANK UTAMA

CIMB Bank Berhad

KOSWIP TRAVEL & TOURS SDN BHD

KOSWIP Travel & Tours Sdn. Bhd. Merupakan anak syarikat berdaftar Koperasi KOSWIP Sdn. Bhd. Kegiatan utama syarikat adalah di dalam bidang ejen pelancongan dan perniagaan yang berkaitan dengannya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  1. Penempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.
  2. Urusan tiket penerbangan PTA
  3. Pakej pelancongan Dalam Negeri (Inbound)
  4. Pakej pelancongan Luar Negara (Outbound)
  5. Pakej Tailor-made citarasa pelanggan
  6. Pakej Umrah dan Ziarah
  7. Airport pick-up services untuk VIP
  8. Tempahan bilik hotel / penginapan
  9. Tempahan bas persiaran berhawa dingin
  10. Pengendalian pakej Seminar / Hari Keluarga
  11. Tiket Stok

MAKLUMAT KORPORAT

LEMBAGA PENGARAH

Hj. Abd. Rahim b. Azizi

Hj. Shaari b. Zakaria

SETIAUSAHA

Nor Azila binti Abdul Wahab (L.S.08240)

ALAMAT BERDAFTAR

KNS Associates Sdn. Bhd. [392081 – V]

No. 2F-1 & 2F-2

Jalan Raya 2

Kawasan Perusahaan Seri Kembangan

53300 Seri Kembangan

Selangor Darul Ehsan

ALAMAT UTAMA PERNIAGAAN

A/01U08 Jalan P8D

62250 Presint 8

Putrajaya

JURUAUDIT

Azman Ahmad & Co

Akauntan Bertauliah (Malaysia)

BANK UTAMA

CIMB Bank Berhad

No telefon : 03-88884018

No Faks : 03-88884019

HUBUNGI KOPERASI KOSWIP

Alamat Surat Menyurat:

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad

No. 66 Jalan Padang Belia

Off Jalan Tun Sambanthan

50706 Kuala Lumpur

Tel :03-22735422

03-88884011 /4014 (putrajaya)

Sambungan: 103 / 103 – Kaunter Cek / Kaunter Pertanyaan

112/107/102/109/108/106 – Bahagian Kredit

115/116 – Unit Kawalan Kredit

215/204/212 – Bahagian Pentadbiran / Aset

210/217/214/205 – Bahagian Kewangan

202 – Bahagian Insurans

Email: webmaster@koswip.org.my

koswip@gmail.com

 

*sumber: koswip official website

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

 

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

 

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

 

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

 

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip