Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada tahun 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92.

Keanggotaan KOTANI terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

Perkhidmatan Kotani

Kami menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan kecemerlangan ekonomi dalam semua bidang bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu, global dan berekonomi tinggi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.

Pembiayaan KOTANI

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ada menyediakan pembiayaan Al-Bainah untuk semua anggota KOTANI yang layak.

Tujuan Pembiayaan adalah untuk menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.

Antara pembiayaan yang ditawarkan di KOTANI adalah :-

  • Pembiayaan Peribadi Al-Inah
  • Pembiayaan Al-Inah Kecemasan
  • Pembiayaan Al-Inah Pendidikan
  • Pelancongan
  • Bantuan Khas Perayaan
  • Bai’ Bithaman Ajil / Barangan
  • Insurans dan Cukai Jalan

Had Pembiayaan

Jumlah maksima pembiayaan ini ialah sejumlah RM 50,000.00.

Pembiayaan ini dihadkan kepada enam belas 16 x gaji pokok bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.

Tempoh Bayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan. Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.

Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.

Pembiayaan Bertindih

Kecuali dengan kebenaran Lembaga pembiayaan bertindih dibenarkan selepas bayaran ansuran pembiayaan telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran.

Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Kadar Pengambilan Keuntungan

Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

Tempoh Pembiayaan

Kadar Pengambilan Keuntungan

6 – 18 bulan

6% setahun

24 – 30 bulan

6.25% setahun

36 – 42 bulan

6.50% setahun

48 – 54 bulan

6.75% setahun

60 – 120 bulan

7% setahun

Skim Perlindungan Insurans Berkelompak Kotani

Setiap ahli yang mencarum dengan KOTANI secara tidak langsung merupakan ahli insurans Great Eastern. Great Eastern menawarkan beberapa insurans menarik yang dapat membantu ahli KOTANI.

Perniagaan Kotani

Kotani memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama

Kiosk KOTANI, Wisma Tani Putrajaya

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) kiosk

Penubuhan Kiosk KOTANI di Wisma Tani, Putrajaya merupakan salah satu alternatif mudah untuk anggota berurusan dengan pihak KOTANI selain menjadi tempat anggota mendapatkan info-info terkini tentang KOTANI.

Kiosk KOTANI telah dirasmikan pada 16 Jun 2011 oleh YB Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain dari menyediakan perkhidmatan untuk anggota, KOTANI turut menjalankan perniagaan menjual barangan yang berasaskan pertanian, perikanan dan sebagainya yang telah diperolehi dari badan – badan kerajaan, swasta dan persendirian.

Sehingga kini, pihak KOTANI masih mengalu – alukan pembekal produk – produk tempatan untuk dipasarkan ke Kiosk KOTANI.

Kedai Ar-Rahnu KOTANI

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ar rahnu

Penubuhan Kedai Ar-Rahnu KOTANI merupakan salah satu gerbang kejayaan bagi KOTANI. Bersesuaian dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk membantu anggota dan pihak awam semasa kesempitan secara memberi hutang bercagar menurut landasan dan peraturan syariah.

Kini Kedai Ar-Rahnu telah berjaya memasuki tahun ke sembilan operasi dengan peningkatan bilangan pelanggan dari semasa ke semasa. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota KOTANI yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan perniagaan Ar-Rahnu KOTANI.

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 19 telah meluluskan pegangan saham bernilai 3.5 juta untuk dimiliki oleh anggota dan kakitangan KOTANI iaitu AKAUN SIMPANAN KHAS AL-MUDHARABAH (ASKA).

ASKA adalah skim tabungan bertujuan memberi pulangan kepada anggota, Koperasi dan institusi untuk melabur wang dalam perniagaan Ar-Rahnu melalui pembahagian keuntungan mengikut jumlah pelaburan dan masih lagi dibuka kepada semua anggota tertakluk kepada syarat-syarat pelaburan.

KOTANI Resort Travel & Tours

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) resort travel

Kotani Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) diperbadankan di Malaysia sebagai anak syarikat Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad yang menumpukan kepada pemasaran dan pengendalian pelancongan dalam negeri dan luar negara, khususnya pelancongan agro. KRTT juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan No Pendaftaran Kew : KKKP 2820 ( 287119-K)

Pakej Pelancongan:

  1. Ibadah dan ziarah - Umrah
  2. Dalam negeri - Pulau Redang , Kuching, Sabah, etc.
  3. Luar Negara – Phuket Thailand, Beijing China, Padang Indonesia, etc.
  4. Menganjurkan seminar, team building, dan kursus.

Pembekalan Barang dan Perkhidmatan

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)

KOTANI juga membekalkan barang-barang keperluan jabatan dan agensi mahupun swasta.

Kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan No Rujukan : 357-01011157 untuk melaksanakan aktiviti di atas.

Antara barangan ataupun perkhidmatan yang kami sediakan adalah menerima tempahan dan membekal barangan seperti:

  1. Barangan alatulis pejabat
  2. Barangan perabut untuk keperluan pejabat
  3. Permaidani / ambar
  4. Topi dan t-shirt beserta sulaman, pakaian sukan, tuala dan barang-barang berjahit
  5. Barangan elektrik/ mesin untuk keperluan pejabat
  6. Alat dan sistem cegah kebakaran
  7. Pakaian / alat keselamatan
  8. Alat perhubungan, GPS
  9. Kanopi beserta peralatan kanopi untuk tujuan majlis
  10. Beg seminar, cenderahati atau barangan premium
  11. Barangan minuman dan penapis air
  12. Diesel dan minyak pelincir
  13. Baja pertanian, racun perosak dan akuarium
  14. Bahan binaan
  15. Peralatan sukatan makmal dan ukuran
  16. Kenderaan dan jentera berat serta aksesori termasuk peralatan marin
  17. Kelengkapan bengkel, motor dan alatubah
  18. Alat hawa dingin
  19. Stesyen janakuasa letrik dan peralatan generator serta alat ganti
  20. Mechanisation system (conveyor, lift dll)
  21. Penyediaan pameran / pentas serta tenaga pengajar kursus
  22. Penyediaan taman / ladang / tempat letak kereta
  23. Hiasan jalan / kawasan, cuci bangunan dan kolam renang

Hubungi Kami

Alamat kami

No. 33-1, Wisma KOTANI

Jalan Tasik Selatan 3, Metro Centre

Bandar Tasik Selatan

57000 Kuala Lumpur

Malaysia

Telefon / Email

Phone: 03 – 9056 4730 / 03 – 9056 4731

Fax: 03 – 9056 4729

Email : pengurus@kotani.com.my

 

*sumber: kotani.com.my

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

 

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

 

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

 

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

 

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip