Koperasi Permodalan Mualaf Berhad (KPMB)

Koperasi Permodalan Mualaf Berhad

Mengenai Koperasi Mualaf

Koperasi Permodalan Mualaf Berhad merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada dakwah, kebajikan dan ekonomi kepada mualaf.

Terlajak ‘gumbira’ kita semua pada minggu pertama Ramadan apabila tersebar berita Accapan peluk Islam. Usahkan orang biasa, penulis pun dua kali lima, terus muat naik ke ‘Facebook’ untuk tumpang pahala, dan netizen menjaja cerita di media sosial mencecah ribuan juga adanya.

Ini samalah suatu ketika tersebar cerita konon Paris Hilton dan Angelina Jolie peluk Islam, penyudahnya ‘hampeh.’ Begitulah halnya dengan Accapan kerana melalui komen vokalis kumpulan Medicine, Ijam kini pendakwah bebas katanya pelawak India itu hadir di majlis iftar saja.

Apapun sebagai umat Islam, tidak salah kita mendokan sama ada Accapan, Angelina Jolie mahupun Paris Hilton dikurniakan hidayah untuk kembali ke agama fitrah.

Di sebaliknya apabila selebriti itu menjadi saudara seagama dengan kita seikhklas mana pula kita membantu mereka untuk terus mengekalkan akidah hingga ke akhir hayat?

Bagi pihak media, penulis dan rakan wartawan hanya dapat menyokong daripada segi publisiti dan sekadar contoh Adam Corrie Abdullah diberi peluang oleh Metro Ahad untuk menulis di kolum Hidayah tanda sokonan daripada kami.

Bagaimana pula dengan pihak yang lebih bertanggungjawab? Dan jika mengaitkan perihal saudara baru, kita akan menunding jari ke arah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Di sebaliknya aktiviti Perkim mutakhir ini payah kita dengar atau baca di akhbar.

Jika dulu asal ada hal mengenai saudara baru, media akan berurusan dengan ustaz Amran Abdullah, tetapi sekarang tidak tahu siapakah orang Perkim yang dipertanggungjawabkan berurusan dengan media. Tidak pernah dengar pula Perkim mempunyai Unit Perhubungan Awam.

Sepatutnya jika timbul sesuatu isu berkaitan saudara baru, pihak di Perkim terlebih dulu menjelaskan kepada media. Umpamanya kes Accapan, tiada sebarang kenyataan dari Perkim, sebaliknya bekas penyanyi rock pula terpaksa tampil untuk menjelaskan hal sebenar.

Senarai pelakon, penyanyi dan pengacara

Senarai pelakon, penyanyi dan pengacara bukan Islam yang memeluk Islam pun kita tidak tahu berapa statitik terkini. Amat rugi jika selebriti saudara baru ini selepas mendapat Kad Akuan Masuk Islam terus menjauhkan diri daripada Perkim. Pengaruh selebiriti itu besar sepatutnya keringat mereka ini boleh dimanfaatkan Perkim untuk menjalankan pelbagai kerja dakwah pada yang masih belum Islam.

Malang pula, hampir tiga dekad penulis bergiat dalam kewartawanan hanya sekali saja majlis iftar Ramadan membabitkan artis mualaf, itupun penganjurannya atas inisiatif bekas pelakon dan model, Shila Lama Abdullah dengan kerjasama Perkim sekitar lapan tahun lalu.

Saban tahun jumlah selebriti yang memeluk Islam bertambah, cuma program untuk mereka saja tidak berganjak masih kekal satu yang dulu. Bagaimanapun pujian harus diberi pada Adam Corrie dan Shila Lama yang tidak mengalah untuk terus menjalankan kerja dakwah.

Shila kini bergerak melalui Koperasi Permodalan Mualaf Berhad dan Yayasan Mualaf Malaysia selaku Pengerusi, sementara Adam pula Pengerusi Kembara Iman Malaysia, Timbalan Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Mualaf Berhad.

Hasrat murni kedua-dua artis ini seharusnya disokong oleh pelbagai pihak. Seperti Adam sendiri melalui program Kembara Iman Saudara Baru yang diwujudkan, beliau berjaya membawa 23 orang saudara baru menunaikan umrah pada 10 Jun 2015.

Untuk program kedua tahun ini, Adam membawa 40 orang saudara baru menunaikan umrah. Besar ganjaran pahala diperoleh.

Bagaimanapun timbul tanda tanya ketika pelancaran programnya itu bersempena juga dengan sambutan Tahun Baru Cina, sepatutnya Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir, kain rentang pun sudah dipasang, tiba saat akhir beliau tidak hadir diganti orang lain.

Nasib sama turut menimpa Shila Lama ketika perasmian Koperasi Permodalan Mualaf Berhad pada 16 Mei bersamaan 9 Syaaban 1437, patut yang merasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tiba saat akhir beliau menarik diri.

Mujur kain rentang belum dipasang, lalu tempatnya diganti Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia, Datuk Fattah Abdullah dan kain rentang pun sudah dipasang malang pula Fattah pun tidak datang. Bersangka baiklah di bulan Ramadan ini mungkin masing-masing mempunyai komitmen lebih penting berbanding perhatian sewajarnya diberikan pada mualaf baru dalam memantapkan akidah mereka.

Apa juga ujian baik Shila Lama dan Adam tidak patah semangat untuk menganjurkan pelbagai program, seperti Shila sendiri dalam proses menganjurkan Iftar Ramadan Bersama Ibu Tunggal Mualaf dalam Ramadan ini, yang diharap mendapat keberkatan daripada Tuhan.

Contact Us/ Hubungi Kami

Koperasi Permodalan Mualaf Berhad

10-2 (Aras 2), Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh

50350 Kuala Lumpur

Malaysia

Get Directions

Telefon: 03-4050 5566

*sumber:

1. FB KoperasiPermodalanMualaf

2. hmetro.com.my

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

 

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

 

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

 

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

 

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip