Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - uitm koop
Sejarah Penubuhan
Koperasi Kakitangan UiTM Berhad telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425.
Namun pada 8 Mac 1994, Koperasi Kakitangan ITM membuat pindaan nama kepada Koperasi Kakitangan Institut Teknologi Mara berhad menurut pindaan kepada undang-undang kecilnya yang telah didaftarkan mengikut seksyen 10(3) Ordinan koperasi bilangan 33 1948.
Namun pada 13 Januari 2001 Koperasi Kakitangan ITM sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad (KKUiTMB) melalui satu pindaan undang-undang kecil yang didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993 kerana kerajaan telah menaiktaraf ITM kepada universiti dan dikenali sebagai nama UiTM.
Justeru itu, Koperasi KKUiTMB dahulunya beroperasi didalam kampus UiTM kemudian berpindah ke Seksyen 2 seterusnya operasi KKUiTMB semakin berkembang dan kakitangan semakin bertambah menyebabkan KKUiTMB membeli bangunan Worldwide@7 di alamat B-13 Tingkat 1, 2 dan 3 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Keanggotaan KKUiTMB terdiri daripada kakitangan-kakitangan UiTM yang tetap dan kontrak di bawah UiTM. KKUiTMB mempunyai 7,500 orang anggota yang aktif dan kawasan operasi koperasi meliputi seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Koperasi seramai 9 orang, Manakala Juruaudit dalaman(JAD) seramai 4 orang serta kakitangan seramai 17 orang bagi menguruskan pentadbiran koperasi dan 9 orang pekerja yang menguruskan kedai mini koperasi di cawangan UiTM.
KKUiTMB menjalankan fungsi utama operasi ini ialah kredit. Sehubungan dengan itu, Menurut subseksyen 4(1) akta, matlamat penubuhan koperasi kakitangan UiTM Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Aktiviti koperasi ialah pembiayaan tunai dan barangan, insurans, Ar-rahnu, dobi, kedai mini, kebajikan dan sosial.
Perkhidmatan
Pembiayaan Peribadi
Pihak Koperasi menawarkan pelbagai jenis pembiayaan. Tertakluk kepada peraturan peruntukan undang-undang dan akta-akta yang dibenarkan.
- Pembiayaan Tunai Berjamin
- Pembiayaan Pengguna ( Barangan )
- Pembiayaan Tunai 90% Caruman
- Pinjaman IPT
- Pembiayaan Kecemasan
Kebajikan dan Sosial
Terdapat beberapa sumbangan dan perkhidmatan yang diwujudkan kepada anggotanya dengan tujuan hanyalah membantu mereka.
Perkhidmatan Takaful Kenderaan
Koperasi kakitangan UiTM Berhad menyediakan perkhidmatan takaful kenderaan kepada anggota dan juga bukan anggota koperasi
Ar-Rahnu
Pihak Koperasi Kakitangan UiTM Berhad juga menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu dan terbuka kepada semua anggota dan bukan anggota.
Hubungi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - uitm koop
Tel: +603 5519 5912
+603 5513 0540
Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - uitm koop
B-13, Worldwide@7
Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
*source from www.uitmkoop.my
Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih
SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan
(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook
E-mel: hashimbank@gmail.com.
Jadual Pembayaran Loan Peribadi
Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami
Rumah Mampu Milik
E-payslip JANM
Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!
Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip