Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (Ukhwah)

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (Ukhwah)

Mengenai Koperasi Ukhwah

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali sebagai Koperasi Usahawan Islam Malaysia Berhad di Kuala Lumpur dengan keanggotaan permulaan seramai 100 orang.

Aktiviti perniagaan awal adalah mengendalikan kantin makanan ringan di sebuah Ma’ahad Tahfiz di Kuala Lumpur.

Kemudian perniagaan beralih kepada memasarkan produk makanan yang diusahakan oleh masyarakat Islam, iaitu kicap soya, cili sos dan cuka. Malangnya aktiviti pemasaran produk tersebut menghadapi cabaran besar yang memerlukan modal pusingan yang besar, akhirmya koperasi menamatkan aktiviti pemasaran ini.

Pada tahun 2002 koperasi ini telah meningkatkan sistem pentadbirannya dan telah menukarkan nama kepada Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH).

Koperasi Ukhwah telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh Ambank Berhad, untuk memasarkan produk Kewangan Islam Bai Al-Inah kepada masyarakat Malaysia. Ia bermula dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, dan seterusnya koperasi mendapat kepercayaan Ambank sehingga peruntukan ditambah kepada RM50 juta.

Serentak dengan itu, Koperasi Ukhwah juga turut melancarkan kelab UKHWAHCare, dengan tujuan sebagai “added value” kepada masyarakat yang terlibat dengan gerakan koperasi. “Aded value” ini berupa pelbagai kebajikan dan faedah yang disediakan oleh Koperasi Ukhwah kepada angota-anggotanya. Sekaligus ini menarik kesetiaan atau “loyalty” anggota koperasi dan juga masyarakat luar.

Ambank terus memberi sokongan kepada Koperasi Ukhwah dengan meningkatkan dana sebanyak RM800 juta untuk produk pembiayaan Bai Al Inah.

Serentak dengan itu juga, pihak Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) juga memberikan kepercayaan kepada Koperasi Ukhwah dengan memperuntukan dana “working capital” sebanyak RM110 juta, sesuai dengan semangat kerjasama antara dua koperasi ini ternyata konsep “added value” UKHWAHCare menjadi faktor daya penarik hingga keanggotaan Koperasi Ukwah meningkat kepada 50,000 orang.

Sekitar tahun 2008, Koperasi Ukhwah telah menambah rangkaian perniagaannya dalam bidang emas dan perhiasan dengan membuka cawangan Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X’change. Ar-Rahnu X’change merupakan francais Bank Rakyat yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai berteraskan sistem perundangan Islam

Pada tahun 2011 koperasi Koperasi UKHWAH telah melakukan penjenamaan semula kepada Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Mula berkembang pesat dalam sektor Hartanah sehingga ke peringkat Antarabangsa seperti London, Melbourne dan Beijing.

Ini adalah satu perniagaan yang sangat strategik serta pelaburan yang menguntungkan di masa hadapan.

Tahun 2014 sekali lagi Koperasi Ukhwah melebarkan sayap perniagaan dengan membuat pelaburan dalam bidang kuari. Pemilikan ekuiti di dalam Bertam Quarry Sdn Bhd mampu memberikan impak yang positif kepada perniagaan Koperasi Ukhwah untuk terus bersaing di bidang perniagaan di Malaysia bahkan di peringkat Asia dan antarabangsa.

Dengan kepelbagaian bidang perniagan yang diceburi menjadikan Koperasi Ukhwah salah sebuah koperasi sebagai pemangkin dalam meningkatkan martabat koperasi ke peringkat yang lebih tinggi.

Produk dan Perkhidmatan

Ukhwah Care

KEBAJIKAN UKHWAH Care (Ahli yang membuat pinjaman sahaja)

  • Khairat kematian
  • Perkahwinan
  • Kelahiran Anak

*Mengikut Terma dan Syarat

DERMASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG (Ahli yang membuat pinjaman sahaja)

Koperasi UKHWAH menawarkan biasiswa kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

*Mengikut Terma dan Syarat/p>

PENGINAPAN DI KUALA LUMPUR

Koperasi menyediakan kemudahan penginapan hotel bajet kepada anggota di sekitar Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan.*Mengikut Terma dan Syarat

AGEN KORPORAT TAKAFUL (Etika Takaful & Takaful Ikhlas)

Menawarkan perkhidmatan perlindungan takaful am dan bermotor kepada semua anggota koperasi dan rebat khas buat anggota yang layak.

Pembiayaan

Syarat / Kelayakan Pinjaman

  1. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih
  2. Berumur 19 hingga 56 tahun
  3. Berjawatan tetap (minima 6 bulan berkhidmat)
  4. Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan Pendapatan minimum RM1500 ke atas layak memohon
  5. Tempoh bayaran balik 24 bulan sehingga 120 bulan

Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan (3 salinan)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan setiap bulan)
  • Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama
  • Surat Pengesahan Jawatan
  • Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan)
  • Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun ke atas “Allotment Form” bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan)
  • Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan): * Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan

Hartanah

Pelaburan UKHWAH

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (Ukhwah)

Maxim Residences merupakan suite yang eksklusif terletak di lokasi strategik dan ia cantik, direka bagi melengkapkan gaya hidup urban kontemporari dengan tiga komponen utama yang merangkumi golongan profesional muda, “Live, Work and Play”.

Berdasarkan lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan Taman Bukit Cheras, Taman Len Seng, Taman Connaught, Alam Damai dan sekitarnya serta

Konsep yang menepati kehendak pasaran, maka Koperasi Ukhwah mengambil peluang untuk meningkatkan pemilikan hartanah dengan membeli 18 unit ruang perniagaan.

Alamat: Jalan 9, Taman Len Seng, 43200 Batu 9 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Pejabat Ukhwah, Medan Tuanku

pejabat-ukhwah

Medan Tuanku merupakan salah satu kawasan perniagaan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dengan lokasi yang strategik, Medan Tuanku dihubungkan dengan jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Selain itu Medan Tuanku juga turut dikelilingi kawasan kejiranan yang menjadi titik utama tarikan para peniaga dan pelancong seperti Kg. Baru, Bukit Nenas, Masjid India, Masjid Jamek, Chow Kit dan Bukit Bintang.

Selain itu, dengan kepelbagaian capaian pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, Komuter, bas dan teksi menjadikan Medan Tuanku sebuah kawasan perniagaan yang berprestij.

Plaza Damas, Sri Hartamas

plaza-damas-ukhwah

Plaza Damas merupakan pusat pembangunan komersial bercampur di Sri Hartamas. Pembangunan pegangan bebas telah dibangunkan oleh Mayland, salah satu pemaju yang lebih mantap di Lembah Klang.

Ia terdiri daripada ruang perniagaan, pejabat dan 4 menara pangsapuri servis, yang dinamakan Dorchester, Mayfair, Menara Waldorf dan Windsor Tower.

Di tengah-tengah pusat komersial Plaza Damas terletaknya Pusat Beli-belah Hartamas yang menempatkan lebih daripada 70 kedai-kedai makan dan 200 unit kedai dalam premisnya. Dengan nama-nama besar seperti TGIF, Starbucks dan Pasta Zanmai,

Plaza Damas memenuhi keperluan untuk golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi serta masyarakat Jepun dan Korea yang tinggal di kawasan Sri Hartamas dan Mont Kiara.

ZetaPark

zetapark-ukhwah

Penjelmaan aspirasi dan inspirasi, ZetaPark bertujuan untuk memberi keseimbangan persekitaran untuk semua peringkat umur. ZetaPark adalah pembangunan bersepadu yang terbesar di Setapak terdiri dari gabungan penginapan dan pusat membeli-belah iaitu KL Festival City.

ZetaPark merupakan pembangunan komersial dan kediaman yang melambangkan objektif utama untuk menjadi kreatif & inovatif. Penghuni kediaman akan dihiasi dengan landskap yang mesra alam disertai dengan pemandangan yang menakjubkan dari tasik Danau yang indah.

Ar-Rahnu Xchange

Pajak Gadai Emas

Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim:

  1. Skim Ar-Rahnu
  2. Skim Az-Zahab

Tujuan

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
  • Menghapuskan unsur ‘riba’ dalam urusan pajak gadai.
  • Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

Penulisan Wasiat

Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

Wasiat Islam

  1. Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  2. Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  3. Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

Wasiat Konvensional

  1. Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  2. Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958

Ukhwah Computer

Berkaitan pembelian kimputer sefcara bayaran ansuran mudah

Penginapan/ Dewan

Ukhwah Seven Residence

Ukhwah Seven Residence @ hotel bajet merupakan salah satu kemudahan penginapan yang disediakan oleh Koperasi Ukhwah untuk anggota.

Dengan harga yang berpatutan serta tempat yang strategik iaitu Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, Seven Residence merupakan satu pilihan tepat bagi para pengunjung.

Sistem perhubungan yang mudah kerana berhampiran stesen pengangkutan awam seperti LRT Putra (Stesen Bandaraya & Sultan Ismail) dan Monorail (Stesen Medan Tuanku).

Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan kompleks-kompleks membelibelah terkenal seperti SOGO, Pertama Complex, Busana (Mara Digital), Maju Junction dan Quill City Mall serta Jalan Tunku Abdul Rahman.

Hotel ini mempunyai 7 bilik selesa selain dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil Double/Single, bilik air di setiap bilik, kelengkapan bilik air, kemudahan akses internet (Wifi), LCD TV & ASTRO dan sebagainya.

Kemudahan serta dan lokasi yang sangat baik membuatkan Ukhwah Seven Residence @ Kuala Lumpur menjadi asas yang sempurna untuk menikmati penginapan anda di Kuala Lumpur.

Kemudahan Hotel

LCD TV & Astro*, penghawa dingin, kelengkapan asas bilik air, kemudahan akses internet (WiFi)

Lokasi

Ukhwah Seven Residence

No.6, Tingkat 2 Lorong Medan Tuanku 1,

50300 Kuala Lumpur

Untuk Tempahan :

Tel : +603 - 2694 4970/106

Fax : +603 - 2694 1530

Mail : booking@ukhwah.com.my

[ Pn.Yanti & Pn.Faridah ]

booking.com, agoda.com, tripadvisor, trivago.com

Regalia Service Apartment

Regalia (juga dikenali sebagai Regalia @ Sultan Ismail) adalah kediaman servis mewah dibangunkan oleh Mayland. Ia terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, hanya beberapa minit dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kediaman perkhidmatan memenuhi keperluan yuppies canggih dan warga kota yang menikmati gaya hidup bandar.

Regalia mencerminkan gaya hidup moden yang mewah dengan keseimbangan yang betul antara ruang berfungsi dan dalaman yang bergaya.

Setiap unit artistik dibina dan direka bentuk untuk memenuhi permintaan setiap penduduk bijak yang melayan reka bentuk dalaman yang kreatif dan eksklusif.

Kemudahan yang disediakan

Hotel Facilities

Parking, Reception desk, Air-conditioning in public areas, Garage, Elevator/Lift, Air Conditioning, Wireless internet.

Room Facilities

Cable/satellite, Air Conditioning, Complimentary toiletries, Private Bathroom, Flat screen LCD TV, ASTRO, WiFi

Kadar Penginapan

RM 300 / Malam

Untuk Tempahan:

Tel : +603 – 2694 4970/106

Fax : +603 – 2694 1530

Mail : booking@ukhwah.com.my

[ Pn.Yanti & Pn.Faridah ]

booking.com, agoda.com, tripadvisor, trivago.com

Ukhwah London Stay

Ukhwah London Stay merupakan hartanah pertama Koperasi Ukhwah di luar Negara. Ukhwah London Stay adalah sebuah kediaman jenis ‘Townhouses’, terletak di kawasan kediaman West 3, menawarkan gaya hidup yang bergaya dan kontemporari di dalam kawasan pembangunan yang selesa ini.

Ukhwah London Stay menawarkan persekitaran yang tenang dan inovatif bagi mereka yang mencari hidup kontemporari yang selesa. Rangkaian pengangkutan yang sangat baik membuatkan West 3 tempat yang ideal dan dihubungkan melalui jalan raya, kereta api atau udara.

Kemudahan yang disediakan

Kemudahan Rumah

Rumah 3 tingkat, ruang menonton, ruang dapur, ruang makan, 3 bilik, 3 bilik air & ruang rehat luar.

Kelengkapan yang disediakan

LCD TV, dapur, mesin basuh & pengering, akses internet (WiFi)

Kadar Penginapan

£150 Paund / hari (Minimum 7 hari)

Alamat :

193 Napier House,

W3 7FN London

Untuk Tempahan:

Tel : +603 – 2694 4970/106

Fax : +603 – 2694 1530

Mail : booking@ukhwah.com.my

[ Pn.Yanti ]

booking.com, agoda.com, tripadvisor, trivago.com

UCC

Kadar sewaan dewan/dewan utama/dewan B. * PA Sistem, ‘white board’ & flipchart termasuk dalam sewaan dewan

Hubungi Koperasi Ukhwah

Unit Pemasaran & Pembiayaan

+603 - 2694 5922

+603 - 2694 3922

marketing@ukhwah.com.my

Maklum Balas

Agensi Pemasaran

+603 - 2692 9222

agma@ukhwah.com.my

Unit Keanggotaan

+603 - 2692 9403

membership@ukhwah.com.my

*sumber: ukhwah official website

 

Pinjaman Peribadi Kerajaan Dan Badan Berkanun Terpilih

SILA KLIK Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 untuk membuat permohonan loan. Talian Hotline Personal Loan

(Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link watsapp seperti di atas dengan tidhak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook

E-mel: hashimbank@gmail.com.

Jadual Pembayaran Loan Peribadi

Klik untuk mendapatkan jadual pembayaran loan yayasan ihsan, bank dan koperasi yang lengkap dan terkini

Melancong ke destinasi menarik di Malaysia Bersama Kami

Dapatkan maklumat berguna mengenai tempat menarik di Malaysia, hotel penginapan dan kedai makan. Jom cuti-cuti Malaysia!

Rumah Mampu Milik

Miliki kediaman mampu milik dengan harga yang bertepatan dengan budget anda. Harga runtuh di seluruh negara!

E-payslip JANM

Download dan dapatkan slipgaji e-penyatagaji gaji & laporan anm. Daftar dan Cetak!

 

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip