KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Koperasi Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (Unikeb)

KOPERASI UNIKEB BERHAD [ 4877 ] ditubuhkan pada 14 September 1973 bertujuan untuk memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan sosioekonomi serta kebajikan Anggota dan masyarakat setempat.

Keanggotaan UNIKEB terbuka hanya untuk pekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Subsidiarinya, pekerja di Koperasi UNIKEB Berhad dan pasangan kepada Anggota sahaja. UNIKEB adalah koperasi Kluster Besar dengan fungsi Pengguna.

Menjalankan beberapa aktiviti perniagaan utama yang terdiri daripada; Pembiayaan (Personal Loan), Peruncitan (Umart), Hartanah, Ar-Rahnu & Kedai Emas, Stesen Minyak Petronas, Dagang & Pemasaran. Beriltizam untuk menjadi sebuah koperasi model dengan ke lestarian dan kemampanan yang dapat dibanggakan agama, bangsa dan negara.

Perniagaan

Unit Pembiayaan: Perkhidmatan Pembiayaan Wang, Barangan & Perkhidmatan

OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT PEMBIAYAAN

Unit Pembiayaan bertanggungjawab menguruskan semua pembiayaan (kewangan, barangan & perkhidmatan) khususnya untuk Anggota UNIKEB sahaja.

Kami sedia membantu Anggota untuk mendapat pembiayaan yang patuh syariah dan tidak menindas serta mengelakkan Anggota UNIKEB supaya tidak terjebak dengan aktiviti pembiayaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Ah Long.

Kaedah pembayaran balik pembiayaan menggunakan potongan gaji majikan (UKM).

Segeralah menjadi Anggota UNIKEB untuk membolehkan anda layak memohon kemudahan pembiayaan yang kami sediakan. Untuk menjadi Anggota UNIKEB

PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT PEMBIAYAAN UNIKEB

Pembiayaan Bai Al Inah – sehingga RM150 ribu
Pembiayaan Ekspress – sehingga RM20 ribu
Pembiayaan Ekspress Warga Emas – sehingga RM10 ribu
Pembiayaan Hari Raya – RM5 ribu
Pembiayaan Persekolahan – RM5 ribu
Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PEMBIAYAAN DI ATAS

  • Untuk Anggota UNIKEB Sahaja
  • Seorang Penjamin Dikalangan Anggota UNIKEB
  • Tanpa Penjamin (tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.

( Info lanjut, sila hubungi pegawai kami)

Unit Pembiayaan UNIKEB
Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi,
Selangor
Nombor Telefon : 03-8921 4031
Waktu Pejabat Unikeb
8.30pagi - 5.00ptg | Isnin-Khamis
8.30pagi - 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg - 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum - Tutup

Unit Hartanah

Perkhidmatan Sewaan Ruang, Lot Kedai, Rumah Kedai & Bilik Seminar

OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Unit Hartanah bertanggungjawab menguruskan semua aset bangunan milik Koperaasi UNIKEB Berhad yang boleh disewakan kepada orang ramai.

Antara aset bangunan dibawah pengurusan Unit Hartanah termasuklah, Wisma UNIKEB, Rumah Kedai, Lot Kedai, Rumah Pangsa dan Bilik Seminar.

Selain daripada itu, Unit Hartanah juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalulintas di Wisma UNIKEB agar berjalan lancar dan selamat kepada para pengunjung dan orang ramai.

PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH UNIKEB

Perkhidmatan Sewaan Ruang Niaga mengikut lokasi;

  • Wisma UNIKEB (Ruang Legar, Lot Kedai di tingkat bawah dan 1 dan Kiosk)
  • Bangi Gateway (Bangi Street & Bilik Seminar)
  • Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 4, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
  • Seksyen 1, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
  • Seksyen 18, Ipoh (rumah kedai)
  • Southville City, Bangi (lot kedai - sedang dalam proses pembelian)

Hubungi Kami Sekarang

03-8925 2540 ext 105

Unit Ar-Rahnu

Perkhidmatan Skim Pajak Gadai Islam

OBJEKTIF PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Menyedikan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera serta menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

KONSEP SYARIAH PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Wadiah yad Dhamanah Simpanan dengan jaminan keselamatan
Ujrah Upah simpan barang gadaian

HAD PEMBIAYAAN AR-RAHNU

  1. Pembiayaan Tunai yang diberikan adalah 70% atas nilai marhun.
  2. Pembiayaan maksimun sehingga RM150,000 bagi setiap pelanggan.

SIAPA YANG LAYAK MENGGADAI

  • Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Boleh Menggadai Barang Kemas sahaja (meliputi gred emas yang ditetapkan)

KELEBIHAN PERKHIDMATAN AR-rAHNU UNIKEB

  • Mematuhi Garis Panduan Syariah
  • Bebas Daripada Unsur Riba
  • Kadar Upah Simpan Yang Rendah
  • Tiada Semakan CCRIS & CTOS
  • Pembiayaan Dilindungi Oleh Skim Takaful
  • Proses Pembiayaan Tunai Yang Cepat & Mudah
  • Pembiayaan maksimum RM150k setiap penggadai

Unit Kedai Emas UNIKEB

Menjual Barangan Kemas 916 Secara Tunai & Secara Potongan Gaji (Untuk Anggota Sahaja)

PERKHIDMATAN DI KEDAI EMAS UNIKEB

  • Menjual barang kemas 916
  • Membeli barang kemas terpakai
  • Membaiki emas putus, patah dan rosak
  • Menilai gred emas
  • Mencuci emas dan perak
  • Menjual barang kemas secara potongan gaji

Hubungi Kami Sekarang

Koperasi Unikeb
03-8922 2619
Wisma UNIKEB
03-8741 3936
Kajang

CARI KAMI DI SINI

Ar-Rahnu & Kedai Emas - Wisma
Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor
NomborTelefon : 03-8722 2619
Waktu Perniagaan
9.00pagi - 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.00pagi - 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg - 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum - Tutup

Ar-Rahnu & Kedai Emas - Kajang
C-35-GA Jalan 2/F, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
Nombor Tel : 03-8741 3936
Waktu Perniagaan
9.30pagi - 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.30pagi - 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg - 5.00ptg | Jumaat
9.30pagi - 2.00ptg | Sabtu
Ahad & Cuti Umum - Tutup

Unit Dagang & Pemasaran

Pemasaran semua produk & Perkhidmatan UNIKEB

UNIT DAGANG & PEMASARAN

Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan UNIKEB.

Dalam masa yang sama, unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi UNIKEB Berhad.

Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Kasut Kesihatan. Unit ini telah berjaya membawa Kasut Kesihatan jenama FootLink terpilih beberapa kali di dalam Tender Pakaian Seragam di Pusat Perubatan

PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN

Umart Wisma (kedai serbaneka menjual barangan harian seperti makanan dan minuman berpaket)
Air Mineral & Air Minuman jenama SEGAR
Kasut Kesihatan jenama Footlink
Perkhidmatan Kaunter Tiket Air Asia dan Bas Transnasional
Perkhidmatan Pembaharuan Insuran Kenderaan & Cukai Jalan
Insuran Peribadi (PA Permata, PA Kembara, Insuran Pemilik Rumah dan Isi Rumah)
Pakej Pelancongan dan Umrah
Kaunter pembayaran bil utiliti

Hubungi Kami Sekarang

03-8921 4022/ 4026/ 4037

Stesyen Minyak Unikeb

Perkhidmatan Membekal Minyak

UNIT STESYEN MINYAK UNIKEB
Tahun 1983 PETRONAS telah memulakan operasi stesyen minyak dan pada kesempatan itu UNIKEB turut mencebur diri dalam perniagaan Stesyen Minyak.

Sebuah stesyen minyak Petronas di bawah pengurusan UNIKEB telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.

PERKHIDMATAN STESYEN MINYAK UNIKEB KEPADA ANGGOTA

SKIM KREDIT MINYAK & SYARAT KELAYAKAN

  • Skim potongan gaji melalui Bendahari UKM tanpa di kenakan caj perkhidmatan
  • Sekurangnya memiliki Model Syer terkumpul RM 1,000.00.
  • Had kredit dan kelayakan bergantung kepada pendapatan anggota.
  • Potongan gaji akan di lakukan pada bulan seterusnya jika diluluskan.

Borang permohonan dan sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui unit kredit 03-8921 4031.

Diskaun setiap pembelian Minyak Pelincir 10%

Setiap anggota layak menerima rebat 10% setiap pembelian minyak pelincir dengan mengemukakan kad anggota

Hubungi Kami Sekarang

Talian Telefon: 03-89269921
( Unikeb 1 )
Talian Telefon 03-8912 7866
( Unikeb 2 )

Hubungi Kami Unikeb

Koperasi UNIKEB Berhad,
Aras 4, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi,
Selangor DE
Waktu Urusan: ISNIN - JUMAAT
Masa: 08:30 pagi - 5:30 petang
SABTU, AHAD & CUTI UMUM
TUTUP

Telefon 1 : 03 8925 2540
Telefon 2 : 03 8925 2617
Faks : 03 8925 7177
Emel : info@unikeb.com

sumber : https://unikeb.com/
-------------------------------------------------------

Trending Today
1. epenyata gaji
2. Anwar Ibrahim
3. wasaploan
4. Primavalet
5. Malaysiakini
6. Siti Nurhaliza
7. Hari Raya 2019
8. PRU14
9. Bajet 2018
10. Aidilfitri

Selamat Datang ke koperasi.info Portal paling lengkap mengenai koperasi di Malaysia

Jika anda kakitangan kerajaan dan ingin membuat loan koperasi, anda boleh whatsapp/ telegram slipgaji terkini (yang clear) ke 019-2983056.

Ingin overlap? Sila dapatkan baki full settlement dan send ke 0192983056. Kami akan mengira samada layak atau tak

Anda boleh klik iklan Google dalam website ini jika maklumat yang anda cari tidak ada

Jika anda ingin maklumat koperasi anda dalam website ini, sila emel maklumat (write up dan gambar) ke info@koperasi.info . Tiada bayaran dikenakan. Kami hanya berkongsi maklumat untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat